Spicy Shrimp Spaghetti Aglio Olio |
Spaghetti Aglio Olio ni memang senang sangat nak masak. Simple and easy, but tasty. Budak budak pun boleh buat. Bahan bahan yang di gunakan tak banyak, dan basic resipi untuk masakan seperti ini cuma minyak zaiton, bawang putih, cili dan spaghetti. Senang kan, cuma sekarang ni ramai dah made a twist to the basic recipe.
Resipi ini amat lah sesuai untuk sesiapa yang sibuk dan tak sempat untuk masak tetapi ingin menghidangkan makanan yang berkualiti untuk famili.
Masukkan chili flakes. Untuk yang gemarkan pedas, boleh di ganti dengan cili padi. Dan untuk mereka2 yang lebih adventurous, ganti kan dengan cili padi dan serbuk lada hitam. Berasap kepala..... Saya pernah buat, dan memang lah pedas... Masa tu my Hubby nak makan something hot, anak2 pulak nak makan aglio olio, so saya pun buat dua version, satu mild dan satu lagi super hot (kalau kat menu tu banyak gambar cili). So I added cili padi and black pepper, and my Hubby said it was really hot, but for me it was ok... Jadi yang paling penting adalah mengikut citarasa masing masing.
Kemudian masukkan udang. Ikut cita rasa, udang besar, udang kecil, itu semua terpulang. Boleh di ganti dengan sotong, scallop, isi ayam, and etc.
Bila udang (atau scallop, ayam, sotong, atau apa2 saja menikut citarasa anda) dah masak, masukkan spaghetti. Oh ya, simpan sedikit air rebusan spaghetti untuk di campurkan dalam masakan. Air rebusan spaghetti ini akan meyebabkan perencah dan spaghetti sebati dan juga melembutkan spaghetti.
Kemudian masukkan daun parsley yang telah di cincang halus. Gaul hingga sebati. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa. Padamkan api.
Bahan Bahan nya
1 packet spaghetti (+-500 gm)
3 biji bawang putih
300 gm udang (kalau nak lebih lagi, tambah quantity)
2 cmt serbuk cili (chili flakes)
1 genggam daun parsley di cincang halus
minyak zaiton untuk menumis
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Cara cara membuatnya
1. Rebus spaghetti sehingga masak. Toskan dan simpan sedikit air rebusan spaghetti tadi.
2. Tumiskan bawang putih dan tambahkan serbuk cili. Tumis sehingga masak.
3. Masukkan udang. Tumis lagi hingga masak.
4. Masukkan spaghetti dan di ikuti dengan daun parsley. Kacau.
5. Setelah masak, sekiranya terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan spaghetti. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
6. Hidangkan. Lebih menyelerakan sekiranya ditabur dengan serbuk keju.

No comments:
Post a Comment