SDE

November 19, 2011

Baked Macaroni and Cheese


Mac and Cheese


Minggu lepas Akak nak makan Macaroni and Cheese. So, I pun selongkar buku recipe and my favorite recipe book for pasta (dan yang sewaktu dengannya) is "Pasta" by Linda Fraser. 

Pasta by Linda Fraser


Baked Macaroni and Cheese

Ini pulak my version of Macaroni and Cheese....

 Sama tak dengan gambar  dalam buku??? Mine agak garing.........

Yummehhhh......




Bahan bahan

2 cawan susu
Sedikit serbuk buah pala (nutmeg)
4 tsb mentega
1/3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan Parmesan atau Cheddar Cheese yang telah di parut (atau campuran).
1/3 cawan serbuk roti
450 gm macaroni
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara cara menbuatnya

1. Panaskan susu dan serbuk nutmeg, jangan sampai mendidih.

2. Panaskan mentega di dalam periuk, masukkan tepung dan kacau menggunakan wire whisk. Masak lebih kurang 2 -3 minit tapi jangan sampai mentega hangus. Tapiskan susu dan tuang didalam adunan mentega dan kacau lagi. Biarkan mendidih selama 4 -5 minit dan sentiasa kacau.

3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Masukkan keju kedalam adunan dan tinggalkan dalam 2 tsb keju (untuk di taburkan di atas macaroni). Kacau di atas api kecil sehingga keju cair. Angkat dari api dan tutupkan dengan plastic untuk mengelakan adunan menjadi keras. Biarkan seketika. 
 
4. Panaskan oven sehingga 400F (200C). Gris casserole dan taburkan sebahagian dari serbuk roti.

5. Masak macaroni dalam air mendidih sehingga masak (al dente).

6. Toskan macaroni dan campurkan sos keju. Tuangkan ke dalam casserole dan taburkan lebihan keju dan serbok roti. Bakar di dalam oven selama 20 minit atau sehingga keperang perangan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Letz Chat

Followers

Follow by Email