SDE

December 22, 2009

Holiday.... yahoo.....

Kami sekeluarga pergi bercuti selama seminggu pada awal bulan December. Ini betul2 bercuti; cuti dari kerja, cuti dari blog, cuti dari facebook, cuti dari twitter, cuti dari buat kerja2 rumah.... Cuti dari segala2 nya...

Seronok bercuti? Semestinya.. Habis bercuti... mula balik dengan routine sebelum bercuti... sedih, sedih, sedih... Kalau boleh cuti selamanya kan best... (Dream on!!!!) 

Kami sempat melawat Ocean Park. It is a theme park..... Afiqah, Aiman dan Batrisyia bukan main seronok lagi.... Saya pun tumpang seronok, tapi keseronokan hilang, bila semua anak2 dan suami memujuk naik cable car... Masa muda2 dulu suka naik rides ni... tapi bila dah tua ni takut lah pulak.... Pujuk punya pujuk, saya pun ikut juga lah... Bila dah naik cable car ni baru saya tau, Afiqah pun takut... Sebelum naik Afiqah bukan main berani lagi, dah masuk dalam cable car dan cable car mula bergerak ke atas bukit, pucat lesi.... Afiqah berpaut pada tiang cable car sepanjang perjalanan ke atas... Hilang rasa takut, saya pulak gelak kan dia... Kesian dia....


Beginilah tangan Afiqah sepanjang perjalanan di dalam cable car.... Aiman bukan main seronok lagi menyakat kakak dia..... "Akak nak naik cable car lagi???"

Setelah sampai di puncak bukit, baru kami dapat tau ada keretapi menghubung kan bahagia bawah dan puncak bukit... Lega.... Saya dan Afiqah buat keputusan, walau apa terjadi, kami akan naik keretapi untuk turun kebawah....


(Afiqah, Batrisyia dan Aiman)
Afiqah seronok sebab tak perlu naik cable car untuk turun ke bawah!!!!

Tujuan saya sebenar update blog hari ni sebab nak berkongsi gambar obor2 yang saya ambil ketika bercuti... Obor2 ni seperti menari2, begitu menarik dan mengkagumkan... Inilah kebesaran Illahi....


Untuk melihat gambar2 yang lain, please clik here




December 16, 2009

National Cupcake Day????

National Cupcake Day? Bukan di sini tapi di US.. Bukan setakat cupcake day, every cupcake flavour has its own national day. National day for ice cream, pie dan macam2 lagi pun ada... To read more please clik here.


December 14, 2009

Happy Birthday Atiqah Azrina

Pada hari jumaat, 4 Nov 09, saya dan keluarga telah di jemput untuk menghadiri majlis hari lahir Atiqah Azrina, anak kepada jiran kami. Majlis akan di adakan pada hari sabtu 5hb. Saya dan keluarga telah merancang untuk pergi bercuti pada 5hb. Arrangement for flight and hotel were already arranged. Panic seketika dibuatnya... Tak sempat nak beli hadiah... SMS (the invitation) saya terima semasa di pejabat... Memang lah tak sempat...

Balik dari pejabat, saya terus kedapur... Instead of beli hadiah, saya pun buat cake... Malam tu lah buat cake, malam tu juga lah nak kemas baju (walau pun cuma baju saya) tapi sibuk lah juga.. Nasib baik anak2 dah besar, pandai packing barang2 sendiri...

Pada hari sabtu, selepas subuh saya sambung kerja2 menghias cake... Dengan pertolongan dua orang consultants cum advisors (Afiqah and Batrisyia) saya buat cake "Princess" untuk Atiqah. Disebabkan kesuntukan masa, decoration for "my princess" was so simple.... I hope Atiqah likes the cake...











Birthday Cupcakes for Nique from Ily Izyan

These cuppies were ordered by Ily Izyan for her best friend Nique. Masa saya menerima panggillan dari Ily Izyan, both of them tengah sibuk dengan SPM. Semoga Ily dan Nique berjaya dengan cemerlang.

Ily Izyan inginkan vanilla cupcakes with a  simple deco and  specific wordings for Nique.



Happy Birthday




NIQUE Sweet 17




SPM 10A+ Ily Izyan





November 17, 2009

Selamat Pengantin Baru buat Hanafi & Dewi

Hari minggu yang lalu, Angah (kakak my beloved hubby) melangsungkan majlis perkahwinan Hanafi, anak lelaki Angah. Sibuk bukan main lagi, maklumlah majlis perkahwinan anak sulong... Tiga hari tiga malam sibuk... Angah sibuk sejak berberapa bulan yang lalu... Saya menyibuk aje, itu pun dah dua tiga hari sebelum majlis... Hari Jumaat baru dapat menjenguk rumah Angah... Angah pun bukan tinggal jauh sangat dari rumah kami... One hour journey jer.... Angah tinggal di Banting dan kami di Shah Alam. Rasa kesal juga sebab tidak dapat membantu Angah dari awal lagi.

Untuk majlis ini, saya hadiahkan tier wedding cake untuk pengantin.








 
Hanafi & Dewi


Untuk Hanafi dan Dewi, saya ucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

November 16, 2009

Happy Birthday Akak

Pada 7hb November yang lalu, Afiqah menyambut hari lahir yang ke 19. Unfortunately, she was so busy with the final exam.... Apa nak buat, nak celebrate tak boleh, tak celebrate frust juga, sebab inilah tahun terakhir dia celebrate her birthday as a teenager. "Tension, tension...."

Pada hari yang sama, anak saudara saya melangsungkan majlis pernikahan di Sabah. So Afiqah's  Abah terpaksa terbang ke Sabah. Lagi tension.... Tak dapat nak celebrate birthday bersama-sama, tapi apa nak buat, demi ikatan keluarga... So, Afiqah celebrated her birthday with me, Aiman and Batrisyia. Kesian dia...

So, during that weekend, I baked her a cake, and asked her to choose her own design. Afiqah suka kek yang berwarna-warni (warna warna kehidupan....). So kami pun duduk bersama, memilih design cake, dan begini lah hasil titik peluh kami berdua ....










On Monday afternoon after her exam, Afiqah ate her birthday cake with her classmate. Ok lah nak relase tension... Dia kata exam susah... Biasa lah mana ada exam senang kan... Her Abah janji, kalau dapat Dean's List dia nak hadiah kan sports rims, lagi Afiqah tension...  "So, Akak, agak2 dapat tak sports rims hujung tahun ni?"

Afiqah and her friends

Happy Bithday Akak!!!


Posted by Picasa

October 8, 2009

Happy Birthday Hidayah



Selamat Hari Raya.....

Sudah agak lama saya tinggalkan laman blog ini, hampir sebulan... Cuti Hari Raya... dan sibuk dengan deadline kerja2 office. And one more reason, I misplaced the cable to upload photos from my camera... Only yesterday I found the cable tersorok in one of my bag.... So, only today I managed to upload the photos.


Coming back to the title of this blog, one of my niece, Hidayah celebrated her 25th birthday in August, however, we didn't managed to celebrate her birthday, as she is staying in Johor. So, my family decided to celebrate her birthday on the last day of Ramadhan when everybody (I mean everybody) is around... Yer lah semua orang balik kampung dan berkumpul di rumah ayah... Seronok bila adik beradik berkumpul, walaupun ahli keluarga kami tak lah ramai sangat, cuma 17 belas orang termasuk ayah dan cucu2 ayah .....

So selepas berbuka puasa dan solat maghrib on the last day of Ramadhan, kami pun celebrate her birthday, together with others who celebrated their birthday in September... Ramai lah pulak 'September's Babies", Selain dari Aiman (anak lelaki saya), Aril (abang Hidayah) dan Pak Ngah (abang ipar saya) pun celebrated their birthday in September... (Saya akan tulis tentang September babies ni in another entry).

Cupcakes bertemakan baju dan handbag saya siapkan untuk Hidayah. All these creations are inspired by cupcakekasih. Saya meminjam idea June from Cupcakekasih, dan saya amat meminati hasil kerja June.











(Inspired by Cupcakekaseh)

Saya siapkan cupcakes ini sementara menunggu rendang kat dapur kering .. Masa tu agak sibuk, nasib baik kakak2 saya yang rajin memasak ada di rumah. Bab masak memasak tu saya serah kan to my 2 lovely sisters...

Untuk Hidayah, saya ucapkan Happy Birthday, semoga panjang umur, murah rezeki dan dapat naik pelamin tahun depan. I'll bake your wedding cake (kalau ada masa, hehehe....)

September 4, 2009

Witamy W Polsce!!!

Najiha, kawan Afiqah akan berangkat ke Poland on the 23rd of September 09. Our plan is to spend about 1 week kat kampung during raya ni, so tak dapat lah Afiqah menghantar dia kat KLIA. So, hari isnin yang lalu, Afiqah bersama her Abah went to Najiha's house.

So, saya pun buatlah cupcake untuk Najiha..... Saya pun decorate cake bertemakan perjalanan dari Malaysia hingga ke Poland .....Since Najiha is taking medic, saya pun selitkan stethoscope as one of the topper...














September 1, 2009

Happy Birthday Papa

Pada hujung minggu lepas, saya menyediakan cupcake untuk teman saya, Sandakiah (Shad). Shad ingin menyambut majlis harijadi Papa kesayangannya. Menurut Shad, her Papa terlalu sibuk, sehingga majlis harijadi bersama keluarga di KL terpaksa ditunda beberapa minggu.


Initially, Shad inginkan cupcake topper dan deco yang berkaitan dengan hidup bapanya, tapi tak kesampaian.... disebabkan oleh sebab2 yang tertentu...


Insyaallah, kalau diizinkan, saya akan menyiapkan cupcakes seperti yang Shad inginkan....


Happy Birthday Papa!!!






"Selamat Hari Jadi Datuk Abdul Azez Sattar.... Semoga panjang umur, murah rezeki dan berbahagia di samping keluarga, rakan2 dan peminat......"

Juadah Berbuka Puasa

Sudah agak lama juga tak buat cupcakes, lagipun sempena bulan puasa ni saya tak berkesempatan nak menghantar juadah buka puasa untuk jiran-jiran terdekat.

Pada hari sabtu, selepas bersahur, saya pun mula menghias cupcakes. Seronok buat cupcake pagi2 ni, sunyi.....



Walaupun cupcakes siap dihias pada waktu pagi , delivery untuk jiran2 hanya dibuat selepas asar....


Posted by Picasa

August 12, 2009

Cookies for School Carnival

I prepared these cookies for my son's school carnival, which was planned to be held on 1st Aug 2009. I bake, decorated and sealed the cookies individually in a small bag 1 week earlier. Unfortunately, on the 29th July, my son's teacher informed me that the carnival has to be postponed to another date. There was no reason given, but is it due to A H1N1 pandemic?




Posted by Picasa

July 13, 2009

Alin's Engagement Ceremony

Majlis pertunangan Alin (anak saudara saya) telah diadakan pada 5hb Julai 2009. Meriah majlis pertunangan Alin.... Untuk majlis ini, saya telah menyediakan cupcakes sebagai hantaran... Kak Maria (Alin's mom) telah memilih "garden and pink" sebagai tema... Jadi saya pun memilih bunga mawar merah dan "pink" sebagai hiasan...







Miniature Wedding cake

Kek ini saya siapkan untuk seorang kenalan. Appointment telah dibuat, dan kami sepatutnya berjumpa pada hujung minggu yang lalu. Malangnya appoinment terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Jadi kek mini yang telah saya siapkan untuk teman saya ini terpaksa kami korbankan di rumah saja.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Letz Chat

Followers

Follow by Email