March 17, 2011

Curry, Curry, Curry.....

Jemput Jemput Ikan Bilis dan Kari Ayam

Inilah makanan kegemaran kami sekeluarga, jemput jemput ikan bilis cicah kari, tak kira lah kari apa pun, ayam atau daging. Yang penting kari... We can have it during dinner, breakfast or lunch. Setiap kali masak kari, dia orang mesti suruh buat jemput jemput ikan bilis... Kari pula mesti pekat, tak suka kari cair. 

My version of curry is so simple. Tak perlu santan. Saya suka simple dan tak complicated. Nak kata healthy, mungkin juga, sebab saya tumis gunakan minyak zaiton. Tapi doctor saya cakap minyak yang paling bagus ialah minyak kelapa. Even minyak zaiton pun kalah dari segi khasiat, tapi minyak kelapa ni memang mahal. Kalau nak tahu khasiat minyak kelapa sila klik di sini. Saya pun baru tau minyak kelapa ni boleh membantu menguruskan badan..... 

Eh jauh pulak melalut. Oh ya, bercerita tentang kari ni, tak susah pun nak buat.



Panaskan minyak zaiton, agak agak cukup untuk menumis. Tumiskan bawang yang telah di mayang bersama dengan daun kari, kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih, dan biji sawi. Saya masukkan segala rempah tumis yang ada di dapur. Terpulang, kalau tak mahu campurkan sesetangah dari rempah tumis ni pun tak apa. Semuanya mengikut citarasa masing masing. Tapi kalau boleh jangan tinggalkan daun kari..... kan kita masak kari 

Saya teringat Michael Smith, Chef at Home selalu sebut, the secret is to cook without a recipe



Bila dah naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dicincang halus. Kalau tak ada food processor, kisar sahaja... Cepat dan mudah. Tak perlu cincang manually atau tumbuk gunakan lesung batu. Tapi arwah Mak saya bagi petua, sedap kalau tumbuk dalam lesung batu. Tumis sehingga masak dan naik minyak. 



Masukkan rempah kari. Kalau kering sangat, tambahkan sedikit air. Tumis hingga masak.



Masukkan ayam dan gaul hingga rata. Di sini saya gunakan drumstick (sebab ini saja yang ada di dalam fridge), tapi boleh di gantikan dengan bahagian lain....



Tambahkan air secukupnya.......



Biarkan sehingga masak. Tambahkan garam dan sedikit air asam. Kadang kadang saya gantikan air asam dengan lemon. Tutup sehingga ayam empuk dan masak. 



Wallaaa ini lah hasilnya, my chicken curry....




Ini pula beef curry


Recipe

600 gm ayam (atau 600 gm daging)
1 biji bawang besar size sederhana (dimayang nipis nipis)
8 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cm halia
1 bungkus kecil rempah kari daging
air asam dan garam secukup rasa
minyak zaiton untuk menumis
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang (star anise)
2 biji cardamom (biji pelaga)
2 kuntum bunga cengkih
1 tsp biji sawi
Sedikit daun kari
Air

Panaskan minyak zaiton dalam kuali menggunakan api yang sederhana panas. Masukkan rempah bawang besar yang telah di mayang, daun kari, kayu manis, cengkih, pelaga, biji sawi dan bunga lawang. Tumis hingga naik bau.

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam kuali, tumis sehingga golden brown. Masukkan rempah kari. Kalau terlalu kering tambahkan sedikit air. Kacau.

Masukkan ayam dan gaul rata. Tambahkan air mengikut citarasa. Kalau inginkan banyak kuah, lebihkan air, kalau suka kari yang pekat, gunakan sedikit air. Tutup kuali dan biarkan sehingga ayam masak. Tambahkan air asam dan garam secukup rasa. Setelah kuah pekat padamkan api dan hidangkan.

Note:


Untuk kari daging, ayam diganti dengan daging mengikut kuantiti yang sama. Daging hendaklah di rebus sehingga masak terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Letz Chat

Followers