March 15, 2011

Creamy Chicken Spaghetti Casserole



Hari Ahad minggu lepas adalah "Hari Cheese Sedunia" bagi saya... Mulakan pagi saya dengan Chocolate Desire dan menikamati hidangan tengahari dengan Creamy Cheese Spaghetti Casserole. Yummy dan "menggummukkan"  

Recipe ni saya dapat dari laman web Ree Drummond, also known as The Pioneer Woman. Sila klik disini untuk original recipe. Saya terpaksa mengubah recipe ini mengikut my own interpretation dan sebahagian dari ingredients dalam original recipe memerlukan bahan-bahan yang tidak halal. But it turned out to be ok..... My children loved it... To all pasta and cheese lover, you should try this recipe. It is simple, easy to cook and taste delicious..... Ingredients pun tak banyak....


Bawang di mayang 
Dalam original recipe tak ada bawang, tapi saya tambahkan bawang. Saya suka bau caramelized onion.



White button mushroom.
Saya gunakan fresh mushroom instead of canned mushroom. Rasa lebih sedap. Kalau tak ada fresh mushroom, boleh di ganti dengan cendawan di dalam tin dan banyak di supermarket.



Rebus ayam sehingga masak (30 - 40 minit). Asingkan ayam dan setelah sejuk siat daging ayam. Simpan air rebusan ayam (anggaran 3 cawan) and keep the balance of the chicken broth in the pot. 



Panaskan 2 sudu makan butter dan goreng bawang sehingga lembut dan golden brown. Masukkan cendawan dan tambahkan 1/4 cawan air rebusan ayam. (Maaf, lupa nak ambil gambar). Tambahkan garam dan black pepper secukup rasa. Biarkan sehingga masak (dalam 8 - 10 minit) dan kering.



Setelah masak keluarkan dari kuali.


Didihkan lebihan air rebusan ayam. Patah2 kan spaghetti dan masukkan ke dalam air rebusan. Sekali lagi saya lupa nak ambil gambar. Amateur.... bukan professional... Sebab tu selalu lupa... Or sebab dah tua... Ohhhh tidak!!!!

Bila spaghetti dah masak, toskan...

Panaskan 6 sudu makan dalam kuali. 


Masukkan tepung....


Whisk tepung hingga sebati



Tambahkan 2 1/4 cawan air rebusan ayam yang telah di asingkan tadi.... Kacau lagi hingga sebati. 




Tambahkan susu dan kacau lagi. Masukkan garam dan black pepper secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih dan pekat.



Padamkan api dan tambahkan Parmesan cheese dan kacau.



Masukkan cendawan



Ayam dan buah zaiton. Tapi saya recipe saya tak ada buah zaiton sebab anak-anak saya tak suka buah zaiton. Mesti sedapkan kalau ada, tapi apa kan daya... 

Kacau hingga sebati


Masukkan spaghetti

Gaulkan 







Masukkan dalam bekas casserole



Dan taburkan dengan Parmesan cheese. Anak-anak saya suka banyak cheese, jadi saya tabur banyak-banyak, tapi ikut citarasa masing. Kalau kurang suka cheese, tabur sedikit saja. 

Saya suka beli cheese block dan parut sendiri. Lebih menjimatkan lagipun seronok parut sendiri. Buat exercise sikit, hehe


Bakar didalam 175C oven sehingga masak (golden brown) lebik kurang dalam 30 minit.



Maaf, gambar tak berapa memuaskan...



  Hidangkan... lebih sedap kalau di makan bersama salad..... Saya tak sempat pun nak buat salad, anak-anak dah makan dulu. Lagipun mereka allergy with vegetables... Alasan mereka sebab tak suka sayur.



Garnished with black pepper.

Anak lelaki saya tambahkan bukan setakat black pepper, dia tambahkan juga Tabasco. Dia suka panas, pedas dan cheezy...

Di sini saya sertakan recipe yang telah di ubahsuai mengikut citarasa kami sekeluarga dan yang paling penting semua ingredients yang saya gunakan adalah halal.

Recipe

500 gm ayam (saya gunakan bahagian dada)
8 tbsp butter
200 gm cendawan putih (white button mushroom).
1/4 cawan tepung
2 dan 1/4 cawan air rebusan ayam (chicken broth)
1 dan 1/2 cawan susu (whole milk)
1 cawan Parmesan cheese yang telah di parut (grated)
1 cawan buah zaiton, di cincang
Garam dan lada hitam (black pepper)
500 gm spaghetti
Cheese untuk di tabur di atas spaghetti


Rebus ayam dan biarkan mendidih lebih kurang dalam 30 - 40 minit. Setelah ayam masak, keluarkan dari periuk dan biarkan sehingga sejuk. Biarkan air rebusan di dalam periuk.

Panaskan 2 tbsp butter di kuali. Masukkan bawang dan goreng hingga kekuningan. kemudian masukkan cendawan dan tambahkan 1/4 cawan air rebusan ayam. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Tutup dan masak menggunakan api sederhana panas selama 8 - 10 minit. Biarkan sehingga air kering. Keluarkan cendawan dari kuali.

Asingkan 2 1/4 cawan air rebusan ayam. Didihkan lebihan air rebusan ayam dan gunakan untuk merebus spaghetti. Patah patah kan spaghetti kepada 3 bahagian. Sekiranya mahukan spaghetti yang lebih pendek, patah patah kan kepada 4. Terpulang kepada citarasa masing masing. Rebus spaghetti mengunakan lebihan air rebusan ayam dan biarkan sehingga masak. Toskan

Siat siat (koyakkan) daging ayam, lebih kurang 2 cawan ayam.

Panaskan 6 tbsp butter di dalam kuali. Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati. Tambahkan 2 1/4 cawan air rebusan ayam, dan kacau. Masukkan susu, dan di ikuti dengan garam and lada hitam secukup rasa. Kacau sehingga memdidih dan pekat. Matikan api dan tambahkan 1 cawan Pamesan cheese dan kacau.

Masukkan cendawan, ayam dan buah zaiton (olive). Kacau sehingga sebati. Masukkan spaghetti dan kacau.

Masukkan ke dalam casserole, taburkan cheese dan bakar di oven dengan suhu 175C sehingga kekuningan. Setelah masak, hidang dan hiaskan mengikut citarasa masing masing.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Letz Chat

Followers