SDE

December 22, 2009

Holiday.... yahoo.....

Kami sekeluarga pergi bercuti selama seminggu pada awal bulan December. Ini betul2 bercuti; cuti dari kerja, cuti dari blog, cuti dari facebook, cuti dari twitter, cuti dari buat kerja2 rumah.... Cuti dari segala2 nya...

Seronok bercuti? Semestinya.. Habis bercuti... mula balik dengan routine sebelum bercuti... sedih, sedih, sedih... Kalau boleh cuti selamanya kan best... (Dream on!!!!) 

Kami sempat melawat Ocean Park. It is a theme park..... Afiqah, Aiman dan Batrisyia bukan main seronok lagi.... Saya pun tumpang seronok, tapi keseronokan hilang, bila semua anak2 dan suami memujuk naik cable car... Masa muda2 dulu suka naik rides ni... tapi bila dah tua ni takut lah pulak.... Pujuk punya pujuk, saya pun ikut juga lah... Bila dah naik cable car ni baru saya tau, Afiqah pun takut... Sebelum naik Afiqah bukan main berani lagi, dah masuk dalam cable car dan cable car mula bergerak ke atas bukit, pucat lesi.... Afiqah berpaut pada tiang cable car sepanjang perjalanan ke atas... Hilang rasa takut, saya pulak gelak kan dia... Kesian dia....


Beginilah tangan Afiqah sepanjang perjalanan di dalam cable car.... Aiman bukan main seronok lagi menyakat kakak dia..... "Akak nak naik cable car lagi???"

Setelah sampai di puncak bukit, baru kami dapat tau ada keretapi menghubung kan bahagia bawah dan puncak bukit... Lega.... Saya dan Afiqah buat keputusan, walau apa terjadi, kami akan naik keretapi untuk turun kebawah....


(Afiqah, Batrisyia dan Aiman)
Afiqah seronok sebab tak perlu naik cable car untuk turun ke bawah!!!!

Tujuan saya sebenar update blog hari ni sebab nak berkongsi gambar obor2 yang saya ambil ketika bercuti... Obor2 ni seperti menari2, begitu menarik dan mengkagumkan... Inilah kebesaran Illahi....


Untuk melihat gambar2 yang lain, please clik here




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Letz Chat

Followers

Follow by Email