Showing posts with label lauk. Show all posts
Showing posts with label lauk. Show all posts

August 23, 2012

Dinner Menu - Hari Raya Kedua

Petang hari raya kedua, Mr Hubby suruh masak... Masak untuk Bapak, kan Bapak dah lama tak makan masakan anak yang sorang ni.... Petang tu Mr Hubby and Abang pi pasar beli ikan tenggiri dan udang...

Seperti biasa, kampung di Johor, so Akak and I pun masak lah masakan orang Johor. Asam pedas Johor style...

Asam Pedas Ikan Tenggiri Johor 

Kalau nak cuba masak asam pedas seperti di dalam gambar ni, boleh lah cuba recipe di bawah. Saya masak ikut bahan2 yang ada di dapur masa tu... Sukatan tertentu memang lah tak ada, semua agak2 aje...


Udang Goreng Kunyit

Makan dengan sup sayur dan nasi panas2... Masa tu baru lepas hujan, nikmatnya....

Petang tu Mak Long buat buah melaka, so kami jadikan dessert lah. Alamak lupa nak snap gambar buah melaka lah....



Recipe Asam Pedas Ikan Tenggiri Johor

Bahan2:

4 keping ikan tenggiri (hari ni saya gunakan kepala ikan tenggiri)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
3 sudu besar cili kisar
10 biji kacang bendi
Sedikit lada hitam
1" halia
1" lengkuas
1 genggam daun kesom
Air asam secukup nya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara cara membuatnya:

1. Kisar semua bawang, halis dan lengkuas. Lada hitam di tumbuk kasar.
2. Ikan di cuci bersih
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar berserta dengan lada hitam. Masukkan cili kisar. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan ikan dan tambah air asam. Setelah mendidih, masukkan kacang bendi. Masukkan garam.
5. Setelah ikan masak, tutup api dan hidangkan.

~ Selamat mencuba ~




















May 16, 2011

Lauk of the Day

Lauk dinner


Hari Rabu yang lalu saya sempat masak dinner... Sampai rumah awal sikit sebab meeting kat luar dan dekat dengan rumah. Pukul 6 lebih dah sampai rumah...... Sebab tu sempat masak, kalau tak sempat, makan dekat luar lah kami sekeluarga..


Masak ni tak lama.... tapi nak mengemas tu teruk lah juga. Saya masak kari ayam, sayur taugeh, ikan masin dan sambal belacan..... Sedap, makan bertambah tambah.....



Kari Ayam


Sila layari di sini untuk recipe kari ayam.




Ikan Masin....


Resipe paling senang, goreng jer.... Kami sekeluarga suka ikan masin jenis ni... Sedap, rangup dan garing.... Crunchy...



Sambal Belacan

Makan tak lengkap without Sambal Belacan...




Sayur Taugeh dan Carrot




Recipe Sambal Belacan


1" belacan yang telah di bakar
5 biji cili merah
5 biji cili api
1 biji tomato
garam dan gula secukup rasa

Cara cara membuatnya

Masukan semua bahan bahan diatas di dalam hand blender (kalau nak sedap gunakan lesung). Kisar jangan halus sangat.



Recipe Sayur Taugeh

2 genggam taugeh
1 batang carrot (di potong halus)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis (saya suka gunkan minyak zaiton / olive oil)

Cara cara membuatnya

Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan merah. Setelah layu masukkan carrot dan tumis hingga empuk. Masukkan cili merah dan taugeh. Masukkan garam secukup rasa.



May 4, 2011

Ayam Masak Lemak Cili Api




Saya belajar resipe ini dari arwah Emak Mertua. Sempat juga belajar memasak makanan orang minang. Selain dari Masak Lemak Cili Api, saya sempat juga belajar buat Rendang Minang. Masak Lemak Cili Api ni memang mudah. The same basic resipe can be used to cook fish, seafood, chicken, Daging Salai, etc. Senang sangat, orang tak pandai masak pun boleh buat, dan amat sesuai untuk orang seperti saya.... Suka resipe yang mudah dan simple.



Bahan perencah: Kunyit, Serai, Cili Api, Asam Keping

Jangan lupa santan, daun kunyit, nenas dan bahan utama, ayam.... Kalau tak suka ayam,  boleh di ganti dengan ikan, seafood, daging salai, etc... Nenas pula boleh di ganti dengan belimbing buloh. Masa saya masak ni, di rumah saya cuma ada nenas, so saya gunakan nenas.... Kalau tak tambah pun tak apa... semua terpulang pada citarasa masing masing.

Itu sahaja bahan yang di perlukan... Perasan tak? Resipe ni tak ada bawang... Sesetengah orang masukan bawang, tapi resipe ni tak perlukan bawang langsung... Simple kan... First time tengok arwah emak masak dulu terperanjat juga, kenapa tak masukan bawang... Arwah emak kata tak sedap... So, listen to mom, as mom is always right, hehehe




Tumbuk bahan perencah, kecuali asam keping. Tumbuk baru sedap, dan saya tak pernah pulak kisar. Arwah emak cakap tumbuk, so sampai sekarang saya tumbuk. Titik serai, tak perlu tumbuk lumat.... Pada sesiapa yang jarang gunakan batu lesung ni berhati hati, jangan sampai terpercik ke mata. Dan lepas tu jangan lupa basuh tangan bersih bersih, takut bila basuh tak bersih, gosok pula kat mata!!! Mengerikan......





Masukan santan cair, asam keping dan bahan bahan yang telah di tumbuk ke dalam periuk dan panaskan hingga mendidih. Tapi jangan sampai pecah santan.... Kalau pecah santan kuah tak cantik...





Masukkan ayam. Biarkan sehingga ayam masak... Oh ya jangan lupa cuci ayam bersih bersih. Kalau boleh buang kulit ayam, tapi kalau ayam kampung tak perlu... Setelah di cuci, tos kan ayam tu... Jangan masukan ayam berserta air ayam, tak sedap. Jangan lupa selalu kacau kuah lemak ni...

 



Bila ayam telah empuk, masukkan daun kunyit dan garam secukup rasa.





Kemudian masukan nenas. Kacau... Masukan santan pekat. Sentiasa kacau kuah lemak, jangan biarkan, nanti pecah santan dan naik minyak, tak cantik lah pulak kan. Kalau kita nak diri kita cantik, masakan kita pun kena cantik juga....





Inilah Ayam Masak Lemak Cili Api, ready untuk di makan... Makan dengan nasi panas memang menyelerakan



Resipe:

Ayam
Santan pekat
Santan Cair
Cili Api (ikut citarasa)
Kunyit Hidup
Serai
Asam Keping
Nenas / Belimbing Buloh / Kentang / etc
Garam

(Maaf tak ada sukatan sebab arwah emak kata sukatan agak agak. Orang dulu dulu masak tak ada sukatan. Kadang kadang sukatan tu mengikut genggam, size tangan pulak berbeza beza, macam mana?? Kena pinjam tangan emak lah macam ni...)

Cara membuatnya

Masukan santan cair, asam keping dan bahan bahan yang tellah di tumbuk ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih. Masukan ayam. Bila ayam telah empuk, masukan daun kunyit dan garam. Kemudian masukan nenas. Masukan santan pekat. Kacau sehingga masak.


March 17, 2011

Curry, Curry, Curry.....

Jemput Jemput Ikan Bilis dan Kari Ayam

Inilah makanan kegemaran kami sekeluarga, jemput jemput ikan bilis cicah kari, tak kira lah kari apa pun, ayam atau daging. Yang penting kari... We can have it during dinner, breakfast or lunch. Setiap kali masak kari, dia orang mesti suruh buat jemput jemput ikan bilis... Kari pula mesti pekat, tak suka kari cair. 

My version of curry is so simple. Tak perlu santan. Saya suka simple dan tak complicated. Nak kata healthy, mungkin juga, sebab saya tumis gunakan minyak zaiton. Tapi doctor saya cakap minyak yang paling bagus ialah minyak kelapa. Even minyak zaiton pun kalah dari segi khasiat, tapi minyak kelapa ni memang mahal. Kalau nak tahu khasiat minyak kelapa sila klik di sini. Saya pun baru tau minyak kelapa ni boleh membantu menguruskan badan..... 

Eh jauh pulak melalut. Oh ya, bercerita tentang kari ni, tak susah pun nak buat.



Panaskan minyak zaiton, agak agak cukup untuk menumis. Tumiskan bawang yang telah di mayang bersama dengan daun kari, kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih, dan biji sawi. Saya masukkan segala rempah tumis yang ada di dapur. Terpulang, kalau tak mahu campurkan sesetangah dari rempah tumis ni pun tak apa. Semuanya mengikut citarasa masing masing. Tapi kalau boleh jangan tinggalkan daun kari..... kan kita masak kari 

Saya teringat Michael Smith, Chef at Home selalu sebut, the secret is to cook without a recipe



Bila dah naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dicincang halus. Kalau tak ada food processor, kisar sahaja... Cepat dan mudah. Tak perlu cincang manually atau tumbuk gunakan lesung batu. Tapi arwah Mak saya bagi petua, sedap kalau tumbuk dalam lesung batu. Tumis sehingga masak dan naik minyak. 



Masukkan rempah kari. Kalau kering sangat, tambahkan sedikit air. Tumis hingga masak.



Masukkan ayam dan gaul hingga rata. Di sini saya gunakan drumstick (sebab ini saja yang ada di dalam fridge), tapi boleh di gantikan dengan bahagian lain....



Tambahkan air secukupnya.......



Biarkan sehingga masak. Tambahkan garam dan sedikit air asam. Kadang kadang saya gantikan air asam dengan lemon. Tutup sehingga ayam empuk dan masak. 



Wallaaa ini lah hasilnya, my chicken curry....




Ini pula beef curry


Recipe

600 gm ayam (atau 600 gm daging)
1 biji bawang besar size sederhana (dimayang nipis nipis)
8 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cm halia
1 bungkus kecil rempah kari daging
air asam dan garam secukup rasa
minyak zaiton untuk menumis
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang (star anise)
2 biji cardamom (biji pelaga)
2 kuntum bunga cengkih
1 tsp biji sawi
Sedikit daun kari
Air

Panaskan minyak zaiton dalam kuali menggunakan api yang sederhana panas. Masukkan rempah bawang besar yang telah di mayang, daun kari, kayu manis, cengkih, pelaga, biji sawi dan bunga lawang. Tumis hingga naik bau.

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam kuali, tumis sehingga golden brown. Masukkan rempah kari. Kalau terlalu kering tambahkan sedikit air. Kacau.

Masukkan ayam dan gaul rata. Tambahkan air mengikut citarasa. Kalau inginkan banyak kuah, lebihkan air, kalau suka kari yang pekat, gunakan sedikit air. Tutup kuali dan biarkan sehingga ayam masak. Tambahkan air asam dan garam secukup rasa. Setelah kuah pekat padamkan api dan hidangkan.

Note:


Untuk kari daging, ayam diganti dengan daging mengikut kuantiti yang sama. Daging hendaklah di rebus sehingga masak terlebih dahulu.

May 15, 2010

Ikan Patin Masak Tempoyak

Last weekend, I cooked Ikan Patin Masak Tempoyak for dinner. Sedaaappp sebab dah lama tak makan ikan patin ni. My neighbour bagi ikan patin ni a few weeks ago, tapi sebab tak ada tempoyak, saya simpan ikan dalam fridge. Susah pulak nak cari tempoyak. Dua minggu yang lalu, rezeki datang bergolek. My hubby's staff bagi pula tempoyak. So boleh lah masak tempoyak....

Saya tak pernah buat ikan patin masak tempoyak sebelum ni. Saya pun selongkar buku resepi, jumpa!!! Happy sangat....Check ingredient, tak cukup lah pulak, daun kesum tak ada, tapi daun kunyit ada... So boleh lah... Just proceed with the plan....




Tumis cili api, kunyit dan serai




Masukkan tempoyak




Masukkan ikan dan daun kunyit




Masukkan timun dan tambah air. Di ikuti dengan garam dan gula secukup rasa




Ini lah hasil nya..... Sedap kan.....


Next time boleh cuba lagi, ada lagi seekor ikan patin dalam fridge........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Letz Chat

Followers