Hari ni saya sempat masak juadah buka puasa buat saya dan Akak. Masak simple2 aje, bahan2 yg ada di pantry dan fridge. Apa yg tak ada, saya gantikan dengan bahan2 yang ada di rumah. Cheddar cheese block dah habis, tapi cheddar cheese slice ada, so kira ok lah. Mushroom soup dan ayam pun ada.
Pisang pun ada, so decided nak masak Chicken Mushroom Spaghetti dan cekodok pisang. Kalau inginkan recipe Chicken Mushroom Spaghetti sila layari http://fazyslittlekitchen.blogspot.com/2011/05/chicken-spaghetti.html . Cekodok pisang tu tak payah recipe lah ya. Saya pasti semua org pandai buat cekodok pisang ni.
Selain dari spaghetti dan cekodok, saya iringi juadah buka puasa kami dengan air Soya Cincau Ais. Alhamdulillah...
Showing posts with label chicken. Show all posts
Showing posts with label chicken. Show all posts
April 15, 2013
June 25, 2012
Creamy Chicken Spaghetti
| Creamy Chicken Spaghetti |
Ini ada lah versi "homemade frozen".
Saya siapkan seperti biasa, cuma kali ini saya frozen kan sebahagian dari spaghetti yang telah siap di sediakan. Amat lah mudah. Cuma defrost dan bakar.... 40 min kemudian, walla... siap untuk di makan... Mudah dan cepat...
Amat sesuai untuk di jadikan juadah berbuka puasa. Berkhasiat dan tidak pedas, dan amat sesuai untuk kanak2 dan orang dewasa yang meminati makan berkeju.....
Sekiranya berminat, boleh lah hubungi saya di:
hp: 019-318 9977,
atau
fazidahk@gmail.com
Sekiranya berminat, boleh lah hubungi saya di:
hp: 019-318 9977,
atau
fazidahk@gmail.com
Sekiranya ingin mencuba di rumah, sila klick di http://fazyslittlekitchen.blogspot.com/2011/05/chicken-spaghetti.html
May 30, 2011
Man Vs Food @ Sakae Sushi
Tak tau kenapa, this month mcam having Japanese Food Fair... Almost every week we were having Japanese food for lunch and dinner. The latest dinner was at Sakae Sushi located at Subang Parade. Initially we were planning to have our dinner at Furin Japanese Restaurant located at Holiday In, Kuala Lumpur Glenmarie. Unfortunately, that nite, they were only serving buffet dinner. My family and I felt that buffet dinner is too much for us.... We just want ala carte dinner..... Dinner tak mau berat sangat... Yea right!!!!
So we left Furin and heading to Subang Parade. We decided to have our Japanese food dinner at Sakae Sushi... A restaurant with green frog logo.... Soo cute..
Cute kan......
Mula2 cuak juga nak makan kat sini, takut radiation, but upon reading Sakae Syshi statement, we were ok.... Takut juga dengan kesan radiation......
Aiman
Afiqah and Batrisyia
California Roll, Afiqah's fav
Ebi Tempura, Batrisyia's fav
Grilled Chicken for Aiman. Aiman is allergy with seafood (his statement, but in actual fact he dislike fish...), and he can't eat sushi
Octopus
Party Set
The Party Set is really torturing us... It was servered in big plate meant for 4 - 6 people. When we ordered this set, I thought it was for 2 - 3 people. We only realised when the waiter delievered the set to us in the huge plate!!! We were having tough time to finish up the whole plate..... Banyak sangat... susah nak habiskan, tapi malas nak tapau. Kalau bawa balik pun tak ada orang nak makan... So my Hubby and I decided to finish up the whole plate!!!! Agaknya macam ni lah perasaan Adam Richman dalam Man Vs Food show. But we are not Adam Richman....Apa yang dia makan nampak sedap sangat...
Labels:
california roll,
chicken,
family,
grilled chicken,
japanese food,
Man vs Food,
octopus,
party set,
sakae sushi
May 16, 2011
Lauk of the Day
Lauk dinner
Hari Rabu yang lalu saya sempat masak dinner... Sampai rumah awal sikit sebab meeting kat luar dan dekat dengan rumah. Pukul 6 lebih dah sampai rumah...... Sebab tu sempat masak, kalau tak sempat, makan dekat luar lah kami sekeluarga..
Masak ni tak lama.... tapi nak mengemas tu teruk lah juga. Saya masak kari ayam, sayur taugeh, ikan masin dan sambal belacan..... Sedap, makan bertambah tambah.....
Kari Ayam
Sila layari di sini untuk recipe kari ayam.
Ikan Masin....
Resipe paling senang, goreng jer.... Kami sekeluarga suka ikan masin jenis ni... Sedap, rangup dan garing.... Crunchy...
Sambal Belacan
Makan tak lengkap without Sambal Belacan...
Sayur Taugeh dan Carrot
Recipe Sambal Belacan
1" belacan yang telah di bakar
5 biji cili merah
5 biji cili api
1 biji tomato
garam dan gula secukup rasa
Cara cara membuatnya
Masukan semua bahan bahan diatas di dalam hand blender (kalau nak sedap gunakan lesung). Kisar jangan halus sangat.
Recipe Sayur Taugeh
2 genggam taugeh
1 batang carrot (di potong halus)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis (saya suka gunkan minyak zaiton / olive oil)
Cara cara membuatnya
Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan merah. Setelah layu masukkan carrot dan tumis hingga empuk. Masukkan cili merah dan taugeh. Masukkan garam secukup rasa.
Labels:
chicken,
chicken curry,
family,
lauk,
sambal belacan,
sayur
May 6, 2011
Spaghetti Tomyam
Zen by Secret Recipe’s Thai Spaghetti
My office colleague and I always had our lunch at Sooka, KL Sentral. Banyak pilihan... Kadang2 jemu juga asyik makan di Cafe at the office. One of the makan place that we always visited is Zen. My friend always ordered Zen's Thai Spaghetti and it looks sooo delicious. Unfortunately, I can't take prawn. It smells sooo good and make me drooling all over...... (am I drooling??? A bit of exaggeration... hehe)
So, one day I decided to cook spaghetti with Thai flavour at home. I have to try this at home, since I can't have have it at Zen, might as well I cook it, homemade and cook with love... Paling teruk pun anak2 tak mahu makan...
I took some photos, but unfortunately not all.... Masa tu nak cepat, sebab Abang nak pergi tuition, so ambil gambar mana yang sempat je...
Broccoli yang di rendam di dalam iced water
Rebus broccoli. Bila masak, angkat dan immediately rendam di dalam iced water. Bila rendam sayur sayuran yang telah di celur di dalam iced water, warna sayur tetap kehijauan... Cantik sikit. Carrot pun saya rebus dan rendam di dalam iced water. Color tetap menarik....
Panaskan olive oil dan tumis bawang dan bawang putih yang telah di cincang (or kisar).
Masukkan serai dan cili api yang telah di titik. Saya cuma masukkan sedikit cili api sebab Adik tak suka pedas. Tapi kalau tambah lebih sedikit mesti sedap.... lagi pedas lagi sedap...
Bila sudah kekuning kungingan, masukkan isi ayam yang telah di potong dadu. Kalau tak suka ayam, boleh di ganti dengan seafood.... I am sure kalau tambah udang mesti sedap kan... tapi malang bagi saya, saya tak boleh makan udang. Kalau makan di luar dan saya tak makan udang, mesti orang tanya. Kenapa tak makan udang? Bila saya jawab, alergi, derang tanya apa jadi... Sekarang ni kalau orang tanya, saya jawab: "kalau makan udang dan ketam, susuk kat muka saya nanti jatuh berguguran, muka jadi hodoh, semua orang nanti takut, dan tak mahu makan dengan saya"
Bila ayam dah masak, masukan tomyam paste. Tumis sehingga tomyam paste masak.
Masukan spaghetti. Gaul rata.
Masukan tomato dan daun limau purut. Gaul rata.
Masukan broccoli dan carrot. Gaul sehingga sebati. Tanbahkan garam secukup rasa.
Setelah masak, padam api dan hidangkan....
Enjoy!!!!!
Resipe:
250gm angel hair spaghetti (kalau tak ada angel hair, the normal spaghetti pun boleh), di masak mengikut arahan di bungkusan
300gm ayam (boleh di ganti dengan udang, sotong or campur)
3 ulas bawang putih - di cincang
1 biji bawang besar - di cincang
1cm halia - di cincang
2 batang serai - di titik
5 biji cili api (mengikut citarasa, tambah kalau tak cukup pedas) - di titik
3 helai daun limau purut
100gm broccoli
1 batang carrot
2 biji tomato
3 tbsp tomyam paste
Gula dan garam secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis
Cara membuatnya:
Celur broccoli dan carrot. Rendam di dalam iced water.
Tumis bawang, bawang putih adn halis yang telah di cincang. Masukan serai dan cili api. Tumis sehingga naik aroma.
Masukan ayam (atau udang, sotong). Tumis sehingga masak.
Masukan tomyam paste. Kacau dan tumis sehingga naik aroma.
Campurkan spaghetti dan gaul rata. Masukan tomato, daun limau purut, broccoli dan carrot. Gaul sehingga perencah sebati. Padam api dan hidangkan.
Labels:
chicken,
cili api,
ingredient,
kitchen,
pasta,
pictorial instruction,
recipe,
spaghetti,
spaghetti goreng,
spaghetti tomyam,
step by step,
tomyam
May 4, 2011
Ayam Masak Lemak Cili Api
Saya belajar resipe ini dari arwah Emak Mertua. Sempat juga belajar memasak makanan orang minang. Selain dari Masak Lemak Cili Api, saya sempat juga belajar buat Rendang Minang. Masak Lemak Cili Api ni memang mudah. The same basic resipe can be used to cook fish, seafood, chicken, Daging Salai, etc. Senang sangat, orang tak pandai masak pun boleh buat, dan amat sesuai untuk orang seperti saya.... Suka resipe yang mudah dan simple.
Bahan perencah: Kunyit, Serai, Cili Api, Asam Keping
Jangan lupa santan, daun kunyit, nenas dan bahan utama, ayam.... Kalau tak suka ayam, boleh di ganti dengan ikan, seafood, daging salai, etc... Nenas pula boleh di ganti dengan belimbing buloh. Masa saya masak ni, di rumah saya cuma ada nenas, so saya gunakan nenas.... Kalau tak tambah pun tak apa... semua terpulang pada citarasa masing masing.
Itu sahaja bahan yang di perlukan... Perasan tak? Resipe ni tak ada bawang... Sesetengah orang masukan bawang, tapi resipe ni tak perlukan bawang langsung... Simple kan... First time tengok arwah emak masak dulu terperanjat juga, kenapa tak masukan bawang... Arwah emak kata tak sedap... So, listen to mom, as mom is always right, hehehe
Tumbuk bahan perencah, kecuali asam keping. Tumbuk baru sedap, dan saya tak pernah pulak kisar. Arwah emak cakap tumbuk, so sampai sekarang saya tumbuk. Titik serai, tak perlu tumbuk lumat.... Pada sesiapa yang jarang gunakan batu lesung ni berhati hati, jangan sampai terpercik ke mata. Dan lepas tu jangan lupa basuh tangan bersih bersih, takut bila basuh tak bersih, gosok pula kat mata!!! Mengerikan......
Masukan santan cair, asam keping dan bahan bahan yang telah di tumbuk ke dalam periuk dan panaskan hingga mendidih. Tapi jangan sampai pecah santan.... Kalau pecah santan kuah tak cantik...
Masukkan ayam. Biarkan sehingga ayam masak... Oh ya jangan lupa cuci ayam bersih bersih. Kalau boleh buang kulit ayam, tapi kalau ayam kampung tak perlu... Setelah di cuci, tos kan ayam tu... Jangan masukan ayam berserta air ayam, tak sedap. Jangan lupa selalu kacau kuah lemak ni...
Bila ayam telah empuk, masukkan daun kunyit dan garam secukup rasa.
Kemudian masukan nenas. Kacau... Masukan santan pekat. Sentiasa kacau kuah lemak, jangan biarkan, nanti pecah santan dan naik minyak, tak cantik lah pulak kan. Kalau kita nak diri kita cantik, masakan kita pun kena cantik juga....
Inilah Ayam Masak Lemak Cili Api, ready untuk di makan... Makan dengan nasi panas memang menyelerakan
Resipe:
Ayam
Santan pekat
Santan Cair
Cili Api (ikut citarasa)
Kunyit Hidup
Serai
Asam Keping
Nenas / Belimbing Buloh / Kentang / etc
Garam
(Maaf tak ada sukatan sebab arwah emak kata sukatan agak agak. Orang dulu dulu masak tak ada sukatan. Kadang kadang sukatan tu mengikut genggam, size tangan pulak berbeza beza, macam mana?? Kena pinjam tangan emak lah macam ni...)
Cara membuatnya
Masukan santan cair, asam keping dan bahan bahan yang tellah di tumbuk ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih. Masukan ayam. Bila ayam telah empuk, masukan daun kunyit dan garam. Kemudian masukan nenas. Masukan santan pekat. Kacau sehingga masak.
Labels:
chicken,
cili api,
cili padi,
lauk,
masak lemak cili api,
pictorial instruction,
recipe,
santan
May 3, 2011
Chicken Spaghetti
Anak2 saya memang suka cheese, especially pasta and cheese. Lebih cheese lebih baik, tapi malangnya My Hubby tak berapa gemar dengan cheese. Tapi kalau dah terhidang terpaksa lah makan juga. Resipe ni memang memerlukan cheese yang agak banyak, tapi mudah. Kalau cuba mesti boleh buat. Senang sangat....
Saya "improvised" bahan2 untuk resipe ni, saya cuma menggunakan bahan2 yang ada di dapur saya. Resipe asal memerlukan canned Pimento dan Cayene, tapi di dapur saya memang tak ada bahan2 ini.
Fresh Pimento courtesy of Plunket Street Garden
Pimento ni termasuk dalam category "pepper". Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang pimento ni, sila tekan di sini. Pimento ni lebih juicy dan beraroma jika dibandingkan dengan pepper yang lain. Resipe ni memerlukan a jar of chopped pimento. Memanglah tak ada di dapur saya.
Selain dari pimento, di dapur saya tak ada stock Cayene. Kadang kadang rasa nak stock semua spices, tapi tak gunakan selalu... So bila tak cukup bahan tu pandai pandai lah substitute dengan bahan yang lain.
Cayene Pepper courtesy of Master Food
Bahan bahan yang saya gunakan:
2 cans of Cream of Mushroom
Diced Green Bell Pepper dan Cili Merah
Saya gunakan cili merah sebagai substitute for Pimento (jangan lupa buang biji cili, kalau tak mahu pedas sangat).
Spaghetti
Cheddar Cheese
(Terlupa pulak nak ambil gambar shredded chicken dan bawang yang telah dicincang)
Rebus ayam (saya suka gunakan bahagian dada). Bila ayam masak, keluarkan dari periuk dan sejukkan. Setelah sejuk boleh lah di carik carik (or shred).
Rebus spaghetti menggunakan air rebusan ayam.
Rebus spaghetti sehingga masak. Bila masak toskan.
Di dalam mangkuk yang agak besar, gaulkan spaghetti dengan cream mushroom
Bawang
Green Bell Pepper dan cili merah
Shredded Chicken
Cheddar cheese yang telah di parut (2 cawan)
Cili flake (as substitute to Cayene powder). Jangan lupa garam dan lada hitam
Gaul rata
Kalau agak pekat dan susah untuk di gaul, tambahkan air rebusan ayam. Dalam 1 - 2 cawan tapi jangan sampai berkuah... cukup untuk menggaul...
Masukkan dalam caserole dan taburkan 1 cawan cheddar cheese
Bakar di dalam 170 C oven selama 35 - 40 min.
Masak sehingga cheese cair dan bubbly
Enjoy......
Resipe:
- 2 cawan ayam yang telah di carik carik (Shredded chicken)
- 3 cawan Spaghetti, patah kan, lebih kurang 2" panjang
- 2 cans Cream Of Mushroom Soup
- 2 cawan Cheddar Cheese (extra sharp, parut)
- 1/4 cawan Green Bell Pepper (atau 1 biji)
- 1/4 cawan bawang besar (kuning) yang telah di cincang (1 biji bawang)
- 2 biji cili merah (buang biji) dan di cincang halus (ini adalah substitute bagi 1 jar Diced Pimentos)
- 2 cawan air rebusan ayam
- 1/8 tsp (secukup rasa) serbuk cili (substitue bagi Cayene Pepper)
- Garam dan lada hitam secukup rasa
- 1 cawan Cheddar Cheese (untuk di tabur di atas spaghetti)
Cara membuatnya:
Rebus ayam (saya gunakan 500gm dada ayam). Bila masak keluarkan dari periuk dan sejukkan. Asing dalam 2 cawan air rebusan ayam. Masak spaghetti dalam lebihan air rebusan ayam sehingga masak. Bila masak, masukkan spagjhetti di dalam mangkuk besar dan gaulkan semua bahan kecuali 1 cawan cheddar cheese yang telah di parut.
Masukkan ke dalam mangkuk casserole dan taburkan dengan lebihan cheddar cheese.Bakar selama 35 - 40 minit di dalam 170C oven sehingga cheese cair dan bubbly.
Notes:
The original resipe can be found at The Pioneer Woman website.
Labels:
casserole,
cayenne,
cheese,
chicken,
family,
ingredient,
kitchen,
pasta,
pictorial instruction,
pimento,
recipe,
spaghetti
Subscribe to:
Posts (Atom)



































