Showing posts with label cheese. Show all posts
Showing posts with label cheese. Show all posts

January 11, 2013

Shelf Life of Cheese


Pict courtesy of http://www.wineandleisure.com/images/cheese.jpg

Assalamualaikum.

Baru baru ni saya mencuba recipe Walnut Cheese Brownies dari blog Resipi Citarasawan. Untuk resipi dari Kak Wan sila click di sini. Tapi hari ni saya bukan nak bercerita tentang resipi ni... Resipi ni memang sedap, dan untuk penggemar brownies di luar sana, sila lah cuba resipi ni. Sedap, memang sedap.

Hari ni saya nak bercerita tentang cheese. Mula2 tu rasa seronok sebab bahan2 semua ada. Bila saya tengok stock cream cheese dalam fridge, Ya Allah, ada tiga bungkus cheese yang dah expired. Nasib baik ada satu block cheese yang belom expire, so boleh lah saya meneruskan kerja2 membuat brownies tu.....

Saya rasa satu pembaziran terpaksa buang cheese yang dah expire tu. Jadikan ini satu pengajaran, lain kali jgn beli banyak2 dan simpan dalam fridge. Ini kena selalu check stock dalam fridge dan pantry.....

Saya pun "google" untuk check jangka hayat cheese dan beberapa dairy products. Dairy products ni jangka hayat agak pendek. Bila say checked, rupa2nya sesetengah dari cheese ni masih boleh digunakan walaupun telah melebihi "expiry date" or "best before date". 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara2 menyimpan dairy products dan mengenal pasti sama ada products tu masih selamat untuk di makan sila lawati laman web eatbydate


Di sini saya lampirkan jadual jangka hayat untuk beberapa jenis cheese. Walaupun cheese telah mejangkau "best before date" teteapi masih belom berubah warna, tidak berbau, tidak berkulat dan masih lembut, 
In Sya Allah, cheese tu masih boleh di gunakan. 


Hard Cheeses

(Unopened)
Fridge
Freezer
Past Printed Date
Past Printed Date
Hard Cheese (Parmesan, Asiago, Romano) lasts for
2-4 Months
6-8 Months
Shredded Hard Cheese lasts for
1-2 Month
6-8 Months
Semi-Hard Cheese Chunk (Cheddar, Swiss) lasts for
1-2 Months
6-8 Months
Sliced Semi-Hard Cheese lasts for
1 Month
6-8 Months
(Opened)
Refrigerator
Freezer
Hard Cheese Chunk (Parmesan, Asiago, Romano) lasts for
3-6 Weeks
6-8 Months
Shredded Hard Cheese lasts for
3-4 Weeks
6-8 Months
Semi-Hard Cheese Chunk lasts for
3-6 Weeks
6-8 Months
Sliced Semi-Hard Cheese lasts for
2 Weeks
6-8 Months


Soft Cheeses

(Unopened)
Refrigerator
Freezer
Past Printed Date
Past Printed Date
Brie Cheese lasts for
1 Week
Mozzarella Cheese lasts for
1-2 Weeks
6 Months
Feta Cheese lasts for
1 Week
Monterey Jack Cheese lasts for
1-2 Weeks
6 Months
Muenster Cheese lasts for
1-2 Weeks
Havarti Cheese lasts for
1-2 Weeks
6 Months
Gorgonzola Cheese lasts for
1-2 Weeks

Cream Cheese

(Unopened)
Refrigerator
Freezer
Past Printed Date
Past Printed Date
Cream Cheese (Foil Wrapped) lasts for
3-4 Weeks
2 Months
Cream Cheese (Plastic Container) lasts for
3-4 Weeks
Flavored Cream Cheese lasts for
3-4 Weeks
Reduced Fat Cream Cheese lasts for
2-3 Weeks
Neufchatel Cheese lasts for
2-3 Weeks
(Opened)
Refrigerator
Freezer
All Cream Cheese lasts for
1-2 Weeks

Cottage Cheeses

(Unopened)
Refrigerator
Freezer
Past Printed Date
Past Printed Date
Cottage Cheese lasts for
7-10 Days
3 Months
Ricotta Cheese lasts for
7-10 Days
3 Months
(Opened)
Refrigerator
Freezer
Cottage Cheese lasts for
5-7 Days
2-3 Months
Ricotta Cheese lasts for
5-7 Days
2-3 Months

November 19, 2011

Baked Macaroni and Cheese


Mac and Cheese


Minggu lepas Akak nak makan Macaroni and Cheese. So, I pun selongkar buku recipe and my favorite recipe book for pasta (dan yang sewaktu dengannya) is "Pasta" by Linda Fraser. 

Pasta by Linda Fraser


Baked Macaroni and Cheese

Ini pulak my version of Macaroni and Cheese....

 Sama tak dengan gambar  dalam buku??? Mine agak garing.........

Yummehhhh......




Bahan bahan

2 cawan susu
Sedikit serbuk buah pala (nutmeg)
4 tsb mentega
1/3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan Parmesan atau Cheddar Cheese yang telah di parut (atau campuran).
1/3 cawan serbuk roti
450 gm macaroni
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara cara menbuatnya

1. Panaskan susu dan serbuk nutmeg, jangan sampai mendidih.

2. Panaskan mentega di dalam periuk, masukkan tepung dan kacau menggunakan wire whisk. Masak lebih kurang 2 -3 minit tapi jangan sampai mentega hangus. Tapiskan susu dan tuang didalam adunan mentega dan kacau lagi. Biarkan mendidih selama 4 -5 minit dan sentiasa kacau.

3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Masukkan keju kedalam adunan dan tinggalkan dalam 2 tsb keju (untuk di taburkan di atas macaroni). Kacau di atas api kecil sehingga keju cair. Angkat dari api dan tutupkan dengan plastic untuk mengelakan adunan menjadi keras. Biarkan seketika. 
 
4. Panaskan oven sehingga 400F (200C). Gris casserole dan taburkan sebahagian dari serbuk roti.

5. Masak macaroni dalam air mendidih sehingga masak (al dente).

6. Toskan macaroni dan campurkan sos keju. Tuangkan ke dalam casserole dan taburkan lebihan keju dan serbok roti. Bakar di dalam oven selama 20 minit atau sehingga keperang perangan.


May 3, 2011

Chicken Spaghetti


Anak2 saya memang suka cheese, especially pasta and cheese. Lebih cheese lebih baik, tapi malangnya My Hubby tak berapa gemar dengan cheese. Tapi kalau dah terhidang terpaksa lah makan juga. Resipe ni memang memerlukan cheese yang agak banyak, tapi mudah. Kalau cuba mesti boleh buat. Senang sangat....

 Saya "improvised"  bahan2 untuk resipe ni, saya cuma menggunakan bahan2 yang ada di dapur saya. Resipe asal memerlukan canned Pimento dan Cayene, tapi di dapur saya memang tak ada bahan2 ini.

Fresh Pimento courtesy of Plunket Street Garden

Pimento ni termasuk dalam category "pepper". Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang pimento ni, sila tekan di sini. Pimento ni lebih juicy dan  beraroma jika dibandingkan dengan pepper yang lain. Resipe ni memerlukan a jar of chopped pimento. Memanglah tak ada di dapur saya.

Selain dari pimento, di dapur saya tak ada stock Cayene. Kadang kadang rasa nak stock semua spices, tapi tak gunakan selalu... So bila tak cukup bahan tu pandai pandai lah substitute dengan bahan yang lain.

Cayene Pepper courtesy of Master Food


Bahan bahan yang saya gunakan:

2 cans of Cream of Mushroom

Diced Green Bell Pepper dan Cili Merah

Saya gunakan cili merah sebagai substitute for Pimento (jangan lupa buang biji cili, kalau tak mahu pedas sangat).



  
Spaghetti



Cheddar Cheese

(Terlupa pulak nak ambil gambar shredded chicken dan bawang yang telah dicincang)


Rebus ayam (saya suka gunakan bahagian dada). Bila ayam masak, keluarkan dari periuk dan sejukkan. Setelah sejuk boleh lah di carik carik (or shred).
 
Rebus spaghetti menggunakan air rebusan ayam.


Rebus spaghetti sehingga masak. Bila masak toskan.

Di dalam mangkuk yang agak besar, gaulkan spaghetti dengan cream mushroom



Bawang


Green Bell Pepper dan cili merah


Shredded Chicken


Cheddar cheese yang telah di parut (2 cawan)


Cili flake (as substitute to Cayene powder). Jangan lupa garam dan lada hitam


Gaul rata

Kalau agak pekat dan susah untuk di gaul, tambahkan air rebusan ayam. Dalam 1 - 2 cawan tapi jangan sampai berkuah... cukup untuk menggaul...

Masukkan dalam caserole dan taburkan 1 cawan cheddar cheese

Bakar di dalam 170 C oven selama 35 - 40 min.


Masak sehingga cheese cair dan bubbly



Enjoy......



Resipe: 
  • 2  cawan ayam yang telah di carik carik (Shredded chicken)
  • 3 cawan Spaghetti, patah kan, lebih kurang 2" panjang
  • 2 cans Cream Of Mushroom Soup
  • 2 cawan Cheddar Cheese (extra sharp, parut)
  • 1/4 cawan Green Bell Pepper (atau 1 biji)
  • 1/4 cawan bawang besar (kuning) yang telah di cincang (1 biji bawang)
  • 2 biji cili merah (buang biji) dan di cincang halus (ini adalah substitute bagi 1 jar Diced Pimentos)
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 1/8 tsp (secukup rasa) serbuk cili (substitue bagi Cayene Pepper)
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • 1 cawan Cheddar Cheese (untuk di tabur di atas spaghetti)
Cara membuatnya:

Rebus ayam (saya gunakan 500gm dada ayam). Bila masak keluarkan dari periuk dan sejukkan. Asing dalam 2 cawan air rebusan ayam. Masak spaghetti dalam lebihan air rebusan ayam sehingga masak. Bila masak, masukkan spagjhetti di dalam mangkuk besar dan gaulkan semua bahan kecuali 1 cawan cheddar cheese yang telah di parut. 


Masukkan ke dalam mangkuk casserole dan taburkan dengan lebihan cheddar cheese.Bakar selama 35 - 40 minit di dalam 170C oven sehingga cheese cair dan bubbly.



 Notes:
The original resipe can be found at The Pioneer Woman website.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Letz Chat

Followers