Showing posts with label rendang daging. Show all posts
Showing posts with label rendang daging. Show all posts

August 22, 2012

Jom Breakfast - Hari Raya Kedua


Our Breakfast

Petang hari raya pertama dah terfikir nak breakfast apa the next day... Akak bagitau her Mak Ngah dia nak makan Lontong Goreng. Kami sekeluarga tak pernah makan, tapi Mak Long dan Mak Ngah selalu buat. Saya rasa lontong goreng ni can only be found in Johor... Tak jumpa di Shah Alam.

So, pagi2 Mak Ngah sibuk masak lontong goreng. Saya dah intai bahan2 untuk buat lontong goreng ni, so next time boleh buat sendiri.... Nak recipe? Recipe ada di penghujung entry ini. Sila scroll ke bawah....


Ini lah Lontong Goreng Mak Ngah

Saya pulak menyediakan our must have breakfast on the 2nd day of hari raya, Lempeng Kelapa!!! or Coconut Pancake (nama glamour lah tu...). Makan dengan Rendang Minang, memang superb. Siapa lalu lalang memang tak sedar lah...

Lempeng and Rendang Minang

Kami juga menyediakan ayam masak merah pagi tu... Actually, ayam dan rendang adalah lauk leftover from the 1st day of raya... 

Ayam Masak Merah

Rendang Minang

Rendang Minang ini ada lah dari recipe Arwah Emak Mertua.. sempat belajar masa baru2 mendirikan rumahtangga dengan Mr Hubby... Yang menarik tentang rendang ni sebab selain dari daging kami juga campurkan limpa dan hati... Kalau ikutkan original recipe, ada jantung dan paru...

Jom breakfast....

Recipe Lontong Goreng Mak Ngah

Bahan2:
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah (ikut tahap kepedasan individu)
Ikan bilis
Sawi
Carrot
Nasi impit di potong dadu
Sedikit perencah ayam / ikan bilis (ikut citarasa)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

(Maaf, tak ada sukatan, recipe Mak Ngah semua main agak2 aje, next time kalau saya buat, saya cuba bagi sukatan)

Cara membuatnya:

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili merah. (Jangan gunakan blender, tak sedap sebab bercampur air. Kalau rasa tak larat nak gunakan lesung boleh gunakan food processor yang tak perlukan air). 

Ikan bilis di tumbuk kasar.

Sawi di potong kasar, dan carrot di hiris halus... Mengikut citarasa masing2.. 

Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk termasuk ikan bilis hingga naik minyak. Masukkan nasi impit yang di potong dadu. Gaul hingga rata. Masukkan sawi dan carrot. Gaul kan. Tambahkan garam secukup rasa dan perencah ayam / ikan bilis.

Gaul hingga semuanya masak... Angkat dan hidangkan.

Lontong Goreng Mak Ngah





November 8, 2011

Eid Al-Adha Mubarak

Eid Al-Adha (Hari Raya  Aidil Adha) masih belum selesai. Hari ni 12th Zulhijjah, thats mean, esok will be the last day to celebrate hari raya. Seronok ke celebrate raya tahun ni? Kami sekeluarga tak pergi kemana mana pun. My father celebrate raya tahun ni di rumah kami, so tahun ni lain sikit suasana raya. Year in year out, setiap kali raya mesti balik kampung, tapi tahun ni lain sikit sebab Abang nak ambil SPM tahun ni. So kami decided to just celebrate Eid in Shah Alam. 

I have decided that I want to cook ketupat complete with the dishes. So, after Suboh on Saturday morning, my beloved hubby and I went to Pasar Tani. Banyak nak beli barang. Beli daging, hati dan limpa for rendang. Recipe rendang minang ni I belajar from arwah my mother in law. I sempat belajar masak rendang and masak lemak cili api. Setiap tahun mesti masak rendang, mesti a few kilos of daging. 


Inilah daun ketupat beli di pasar tani. 

Org yg jual tu claimed ada 100 helai, tapi bila dah anyam ketupat ada 90 helai jer, itu pun bukan semua boleh jadi ketupat. Ada yg besar and mostly kecil, nak anyam pun susah. Eh lupa pulak nak amil gambar masa anyam ketupat. So dapatlah buat dalam 80 biji ketupat... 


Sambil anyam ketupat, kami masak rendang. 4 kilos daging, 1 kilo hati dan sekeping limpa, boleh tahan juga banyak tu. 

Inilah rendang, belum cukup masak lagi.


Ini gambar close up..... masih lagi di kuali

The final product


Kami ada juga rendang ayam

Tidak ketinggalan, sayur lodeh. Tak boleh makan ketupat without lodeh, nak kuah sikit


Sambal goreng, the favorite


Sambal kacang is also a must have dish for raya


Dan sudah semestinya ketupat

By tengahari, makanan kami bertambah, neighbor sebelah rumah bagi ketupat daun palas and kari daging, while neighbor belakang rumah bagi laksa Johor. Yummehhh.


Dan tak ketinggalan, on the 2nd day of hari raya we must have this for breakfast

Jemput2 ikan bilis, makan cicah dengan rendang, nikmat nya hidup.....


Recipe for jemput2 ikan bilis nanti I share di lain entry ya.... Kali ni tak sempat buat cake. Tapi I buat cake on the 7th November sebab nak celebrate Akak's birthday.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Letz Chat

Followers