Showing posts with label beef. Show all posts
Showing posts with label beef. Show all posts

June 1, 2011

Akak's Burger

Minggu lepas Afiqah a.k.a Akak bagitau nak buat burger for dinner. Happy lah sikit, balik kerja dinner dah siap, tak payah nak sibuk masak or fikir apa nak masak. She told me nak buat homemade.... Nak buat from scratch.. Lagi bagus.... Tapi di rumah saya tak ada mesin pengisar daging. So I told her just to buy minced meat from any hyper market.


So petang tu Afiqah and Qu (Afiqah's friend, dah macam my own daughter) sibuk di dapur. Bila sampai rumah, derang sibuk nak grill the burger, bun..... kecoh di dapur... Ada pulak additional dish derang masak... mash potato... Seronok tengok anak dara berdua ni masak....


My Hubby's Burger



Mine... no bread...



My Children's burger, no vegie



Thumb up from Aiman... Sedaaappppp

 
Akak, Qu, next time boleh lah outsource kat you all lagi sekali.....

March 25, 2011

Sour Cream Pasta


Sour Cream Pasta

Another recipe from Ree Drummond.  Saya suka mencuba recipe casserole with lots of cheese. Anak anak saya suka anything with cheese, especially Aiman, and he loves pasta with cheese.

Nama asal recipe ni ialah "Sour Cream Noodle Bake" tapi saya tukarkan menjadi "Sour Cream Pasta", sebab saya tak gunakan egg noodle, tapi saya gantikan dengan Bow Tie Pasta or in italian known as farfalle. Anak bongsu saya, Batrisyia pilih pasta ni.



Some of the ingredients; pasta, sour cream, cream cheese, tomato sauce.... Not in the photo; minced meat, green onion (daun bawang), garam, lada hitam dll....



Masak daging... tak perlu gunakan minyak....


Kacau hingga masak



Masukkan tomato sauce



Kacau...



Tambahkan garam secukup rasa dan lots of freshly ground black pepper. I meant plenty, really plenty of black pepper....

Boleh juga tambahkan chili flake dan italian seasoning, mengikut cita rasa masing masing.


Sementara menunggu meat sauce masak, rebus pasta



Setelah masak, toskan....



Sour cream...



Tambahkan cheese

In the original recipe, Ree used curd cottage cheese. Saya cari di hypermarket, tapi tak jumpa this cheese. Sekiranya tak ada cottage cheese, gantikan dengan ricotta cheese. Ricotta cheese pun tak jumpa, so saya ganti dengan cream cheese. The most important ada cheese....



Kacau rata



Tambahkan dengan plenty of freshly ground black pepper...



Masukkan pasta


Gaul rata


Masukkan daun bawang dan kacau rata

Pasta di bahagi dua...

Masukkan 1 bahagian pasta dalam casserole


Tambahkan dengan separuh dari meat sauce....


Cheddar cheese... pastikan parut sendiri cheddar cheese anda....



Taburkan separuh dari cheese...




Ulang dengan lebihan pasta, meat sauce dan cheese. Bakar di dalam oven dengan suhu 175C selama 20 - 30 minit, atau sehingga cheese melted...



Inilah hasilnya




Yummy...



The verdict: Aiman loves it, Batrisyia kurang menggemari pasta ni, sebab agak masam...


Recipe

Ingredients:
• 500gm minced meat
• 1 can (15-ounces) Tomato Sauce
• ½ tsp garam
• Freshly Ground Black Pepper
• 250gm Pasta
• ½ cawan Sour Cream
• 1-¼ cawan Curd Cottage Cheese
• ½ cawan daun bawang yang telah dicincang 
• 1 cawan Sharp Cheddar Cheese yang telah di parut


Cara cara membuat:

Panaskan oven 175C


Masak minced meat, dan setelah daging masak masukkan tomato sauce. Tambahkan garam and lada hitam. Kacau dan biarkan sehingga masak.

Masak pasta dan toskan.

Di dalam mangkuk yang berasingan, gaulkan sour cream dan cheese. Masukkan lada hitam (banyak). Masukkan pasta, gaul. Tambahkan daun bawang dan gaul.

Masukkan separuh dari pasta ke dalam casserole. Ratakan. Lapiskan bahagian atas pasta dengan meat sauce. Taburkan separuh dari cheddar cheese. Ulang dengan pasta, meat sauce dan akhir sekali degan cheese. Bakar selama 20 minit atau sehingga cheese cair.


Please click here for the original recipe.


March 17, 2011

Curry, Curry, Curry.....

Jemput Jemput Ikan Bilis dan Kari Ayam

Inilah makanan kegemaran kami sekeluarga, jemput jemput ikan bilis cicah kari, tak kira lah kari apa pun, ayam atau daging. Yang penting kari... We can have it during dinner, breakfast or lunch. Setiap kali masak kari, dia orang mesti suruh buat jemput jemput ikan bilis... Kari pula mesti pekat, tak suka kari cair. 

My version of curry is so simple. Tak perlu santan. Saya suka simple dan tak complicated. Nak kata healthy, mungkin juga, sebab saya tumis gunakan minyak zaiton. Tapi doctor saya cakap minyak yang paling bagus ialah minyak kelapa. Even minyak zaiton pun kalah dari segi khasiat, tapi minyak kelapa ni memang mahal. Kalau nak tahu khasiat minyak kelapa sila klik di sini. Saya pun baru tau minyak kelapa ni boleh membantu menguruskan badan..... 

Eh jauh pulak melalut. Oh ya, bercerita tentang kari ni, tak susah pun nak buat.



Panaskan minyak zaiton, agak agak cukup untuk menumis. Tumiskan bawang yang telah di mayang bersama dengan daun kari, kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih, dan biji sawi. Saya masukkan segala rempah tumis yang ada di dapur. Terpulang, kalau tak mahu campurkan sesetangah dari rempah tumis ni pun tak apa. Semuanya mengikut citarasa masing masing. Tapi kalau boleh jangan tinggalkan daun kari..... kan kita masak kari 

Saya teringat Michael Smith, Chef at Home selalu sebut, the secret is to cook without a recipe



Bila dah naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dicincang halus. Kalau tak ada food processor, kisar sahaja... Cepat dan mudah. Tak perlu cincang manually atau tumbuk gunakan lesung batu. Tapi arwah Mak saya bagi petua, sedap kalau tumbuk dalam lesung batu. Tumis sehingga masak dan naik minyak. 



Masukkan rempah kari. Kalau kering sangat, tambahkan sedikit air. Tumis hingga masak.



Masukkan ayam dan gaul hingga rata. Di sini saya gunakan drumstick (sebab ini saja yang ada di dalam fridge), tapi boleh di gantikan dengan bahagian lain....



Tambahkan air secukupnya.......



Biarkan sehingga masak. Tambahkan garam dan sedikit air asam. Kadang kadang saya gantikan air asam dengan lemon. Tutup sehingga ayam empuk dan masak. 



Wallaaa ini lah hasilnya, my chicken curry....




Ini pula beef curry


Recipe

600 gm ayam (atau 600 gm daging)
1 biji bawang besar size sederhana (dimayang nipis nipis)
8 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cm halia
1 bungkus kecil rempah kari daging
air asam dan garam secukup rasa
minyak zaiton untuk menumis
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang (star anise)
2 biji cardamom (biji pelaga)
2 kuntum bunga cengkih
1 tsp biji sawi
Sedikit daun kari
Air

Panaskan minyak zaiton dalam kuali menggunakan api yang sederhana panas. Masukkan rempah bawang besar yang telah di mayang, daun kari, kayu manis, cengkih, pelaga, biji sawi dan bunga lawang. Tumis hingga naik bau.

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam kuali, tumis sehingga golden brown. Masukkan rempah kari. Kalau terlalu kering tambahkan sedikit air. Kacau.

Masukkan ayam dan gaul rata. Tambahkan air mengikut citarasa. Kalau inginkan banyak kuah, lebihkan air, kalau suka kari yang pekat, gunakan sedikit air. Tutup kuali dan biarkan sehingga ayam masak. Tambahkan air asam dan garam secukup rasa. Setelah kuah pekat padamkan api dan hidangkan.

Note:


Untuk kari daging, ayam diganti dengan daging mengikut kuantiti yang sama. Daging hendaklah di rebus sehingga masak terlebih dahulu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Letz Chat

Followers