Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

September 13, 2012

Hari Raya Gift

Assalamualaikum

Pada bulan Ramadhan yang lalu ada seorang kawan minta tolong buatkan her Corporate Hari Raya gift. Kami buat confirmation via WhatsApp. Gambar dan sample was sent via email and WhatsApp...Menggunakan teknologi sebaik mungkin, hehehe. My friend requested for the cake to be delivered in wooden box. 

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


Ini lah carrot cake ysng belum di hias....

Ini lah cake yang telah di hias...


Waiting to be delivered to customer

Ini lah the final product... Ready for delivery

August 22, 2012

Jom Breakfast - Hari Raya Kedua


Our Breakfast

Petang hari raya pertama dah terfikir nak breakfast apa the next day... Akak bagitau her Mak Ngah dia nak makan Lontong Goreng. Kami sekeluarga tak pernah makan, tapi Mak Long dan Mak Ngah selalu buat. Saya rasa lontong goreng ni can only be found in Johor... Tak jumpa di Shah Alam.

So, pagi2 Mak Ngah sibuk masak lontong goreng. Saya dah intai bahan2 untuk buat lontong goreng ni, so next time boleh buat sendiri.... Nak recipe? Recipe ada di penghujung entry ini. Sila scroll ke bawah....


Ini lah Lontong Goreng Mak Ngah

Saya pulak menyediakan our must have breakfast on the 2nd day of hari raya, Lempeng Kelapa!!! or Coconut Pancake (nama glamour lah tu...). Makan dengan Rendang Minang, memang superb. Siapa lalu lalang memang tak sedar lah...

Lempeng and Rendang Minang

Kami juga menyediakan ayam masak merah pagi tu... Actually, ayam dan rendang adalah lauk leftover from the 1st day of raya... 

Ayam Masak Merah

Rendang Minang

Rendang Minang ini ada lah dari recipe Arwah Emak Mertua.. sempat belajar masa baru2 mendirikan rumahtangga dengan Mr Hubby... Yang menarik tentang rendang ni sebab selain dari daging kami juga campurkan limpa dan hati... Kalau ikutkan original recipe, ada jantung dan paru...

Jom breakfast....

Recipe Lontong Goreng Mak Ngah

Bahan2:
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah (ikut tahap kepedasan individu)
Ikan bilis
Sawi
Carrot
Nasi impit di potong dadu
Sedikit perencah ayam / ikan bilis (ikut citarasa)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

(Maaf, tak ada sukatan, recipe Mak Ngah semua main agak2 aje, next time kalau saya buat, saya cuba bagi sukatan)

Cara membuatnya:

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili merah. (Jangan gunakan blender, tak sedap sebab bercampur air. Kalau rasa tak larat nak gunakan lesung boleh gunakan food processor yang tak perlukan air). 

Ikan bilis di tumbuk kasar.

Sawi di potong kasar, dan carrot di hiris halus... Mengikut citarasa masing2.. 

Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk termasuk ikan bilis hingga naik minyak. Masukkan nasi impit yang di potong dadu. Gaul hingga rata. Masukkan sawi dan carrot. Gaul kan. Tambahkan garam secukup rasa dan perencah ayam / ikan bilis.

Gaul hingga semuanya masak... Angkat dan hidangkan.

Lontong Goreng Mak Ngah





August 21, 2012

Selamat Hari Raya Eid ul Fitri

Selamat Hari Raya Eid ul Fitri Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga...



August 16, 2012

Cadangan Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory Schedule) di Lebuhraya

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin untuk semua. Sudah selesai persiapan untuk raya? Bila balik kampung? Kalau tak berapa pasti bila nak mulakan perjalanan, boleh lah refer kat TTA issued by PLUS ni... 

English version


Versi Bahasa Melayu

Semoga selamat sampai ke destinasi....

July 26, 2012

Jom Beli Cookies! Hurry, While Stocks Last!!!


Hari Rabu lepas kami (my staff and I) buka booth di office. Ada yang jual baju, tudung dan saya jual kuih raya hasil air tangan Chef Amer. Seronok.... Sambutan dari teman2 di pejabat amat menggalakan. 

Saya suka dengan cookies Chef Amer ni... Sedap tau... Lemak, rangup, dan yang paling penting tidak terlalu manis. Kalau nak tengok gambar2 cookies sila click http://fazyslittlekitchen.blogspot.com/2012/07/hari-raya-cookies-by-chef-amer.html 

Sekiranya berminat sila hubungi 019-3189977 or email at fazidahk@gmail.com. Delivery can only be done on Saturday and Sunday. 

July 25, 2012

Hari Raya Cookies by Chef Amer

Cashew Crackers 

Almond Rochers 

Almond Slices

Butterscotch Chips Cookies

Chocolate Chips Cookies

Munchy Mocha

Nestum Clusters

Semua cookies berharga RM25 setiap bekas. Sekiranya berminat sila hubungi 019-3189977

August 8, 2011

Hari Raya Cakes and Cookies Collection

Assalamualaikum semua... Dah masuk hari ke 8 kita berpuasa. Masa ni mungkin semua orang sibuk dengan persiapan hari raya, beli baju raya especially buat anak2 (mana yang dah berkeluarga), buat ibu bapa, untuk diri sendiri (bila dah ada family, untuk sendiri selalunya will be the last)... dan juga kuih raya... Ada yang prefer buat kuih raya sendiri...


Beberapa tahun yang lalu, saya tak pernah beli kuih raya... semua buat sendiri... Best kan buat kuih raya ni, especially bila menjadi... Bila tak jadi, betul2 challenging... frust ada bengang pun ada... So the best thing untuk mengelakkan rasa frust, beli aje... senang... tapi kena beli yang sedap... kadang2 sample lain, bila dah dapat lain... 


Tahun ni, saya ada activity baru di ulan ramadhan... Saya ada menyediakan cakes and cookies for raya... especially for teman2 yang amat sibuk dengan tugasan kerja, menjaga family, menjalankan ibadah and etc...


Saya ada menyediakan handmade cookies and cakes from Chef Amer's Collection. Chef Amer is the first chocolatierand he is one of the top chef in Malaysia. 


Untuk kawan yang berminat, sila hubungi saya di:

HP : 019-3189977
email: fazidahk@gmail.com

Tarik akhir tempahan: 15 August 2011




Choco Chips 
Biskut coklat yang paling laris dengan gabungan coklat cip,
kacang badam & bijirin berkhasiat memberikan rasa coklat sejati

(± 460 gm / 70 biji) – RM24



Choco Mocha

Satu lagi pilihan untuk pengemar kopi, coklat berperisa mocha yang
diadun dengan kekacang & pelbagai bijirin

 (± 460 gm / 70 biji) – RM24



 Choco Toffee
Rekaan terbaru dari Chef Amer yang mengabungkan cip coklat & cip toffee
bersama kekacang & bijirin ranggup…sesuatu yang mesti dicuba..!!

(± 460 gm / 70 biji) – RM24


Crunchy Cornflakes 
Adunan tepung dengan buah blackcurrant kering & disalut
dengan bijirin cornflakes yang ranggup

(± 440 gm / 75 biji) – RM24


Munchy Mocha

Gabungan coklat & kopi memang serasi ditambah pula dengan
kepingan kacang badam yang mewah di atasnya

(± 460 gm / 55 biji) – RM24



Nestum Crunchies

Antara biskut terlaris sepanjang tahun dengan gabungan bijirin nestum
bersama 4 jenis tepung & dihias dengan coklat yang lazat

(± 460 gm / 55 biji) – RM24



Cashew Crackers
Biskut kacang gajus yang lemak & gula perang yang berkaramel
menyebabkan sesiapa jua pasti menyukainya….

(± 460 gm / 60 biji) – RM24



Almond Rochers

Gabungan coklat bersama kekacang, emping jagung & buah-buahan kering
membuatkan anda tidak terkata bila merasainya….

(± 480 gm / 40 biji) – RM24



Choco Moist Cake

Kek coklat ‘Signature’ dari Chef Amer yang menjadi kek terlaris dengan
rasa kek coklat lembab & disiram dengan krim coklat yang berkrim….emmm…

(± 380 gm) – RM15



Mixed Fruits Cake

Kek buah yang dikukus mengabungkan buah-buahan kering dengan 3 jenis gula termasuk gula caramel…rasa dulu baru tahu..!!!

(± 700 gm) – RM25


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Letz Chat

Followers