Showing posts with label step by step. Show all posts
Showing posts with label step by step. Show all posts

November 20, 2011

Spicy Shrimp and Spaghetti Aglio Olio

Spicy Shrimp Spaghetti Aglio Olio

Spaghetti Aglio Olio ni memang senang sangat nak masak. Simple and easy, but tasty. Budak budak pun boleh buat. Bahan bahan yang di gunakan tak banyak, dan basic resipi untuk masakan seperti ini cuma minyak zaiton, bawang putih, cili dan spaghetti. Senang kan, cuma sekarang ni ramai dah made a twist to the basic recipe. 

Resipi ini amat lah sesuai untuk sesiapa yang sibuk dan tak sempat untuk masak tetapi ingin menghidangkan makanan yang berkualiti untuk famili.




Panaskan minyak zaiton menggunakan api yang sederhana besar. Masukkan bawang putih yang telah di cincang halus. Minyak zaiton ni tak tahan panas, sekejap aje dah panas, so kena jaga jangan sampai bawang putih hangus.



Masukkan chili flakes. Untuk yang gemarkan pedas, boleh di ganti dengan cili padi. Dan untuk mereka2 yang lebih adventurous, ganti kan dengan cili padi dan serbuk lada hitam. Berasap kepala.....  Saya pernah buat, dan memang lah pedas... Masa tu my Hubby nak makan something hot, anak2 pulak nak makan aglio olio, so saya pun buat dua version, satu mild dan satu lagi super hot (kalau kat menu tu banyak gambar cili). So I added cili padi and black pepper, and my Hubby said it was really hot, but for me it was ok... Jadi yang paling penting adalah mengikut citarasa masing masing.



Kemudian masukkan udang. Ikut cita rasa, udang besar, udang kecil, itu semua terpulang. Boleh di ganti dengan sotong, scallop, isi ayam, and etc.



Bila udang (atau scallop, ayam, sotong, atau apa2 saja menikut citarasa anda) dah masak, masukkan spaghetti. Oh ya, simpan sedikit air rebusan spaghetti untuk di campurkan dalam masakan. Air rebusan spaghetti ini akan meyebabkan perencah dan spaghetti sebati dan juga melembutkan spaghetti.  




Kemudian masukkan daun parsley yang telah di cincang halus. Gaul hingga sebati. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa. Padamkan api.



Ini lah hasil nya setelah di taburkan dengan parmesan cheese yang di parut halus.... Enjoy!!!!


Bahan Bahan nya 

1 packet spaghetti (+-500 gm)
3 biji bawang putih
300 gm udang (kalau nak lebih lagi, tambah quantity)
2 cmt serbuk cili (chili flakes)
1 genggam daun parsley di cincang halus
minyak zaiton untuk menumis
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara cara membuatnya


1. Rebus spaghetti sehingga masak. Toskan dan simpan sedikit air rebusan spaghetti tadi.

2. Tumiskan bawang putih dan tambahkan serbuk cili. Tumis sehingga masak.

3. Masukkan udang. Tumis lagi hingga masak.

4. Masukkan spaghetti dan di ikuti dengan daun parsley. Kacau.

5. Setelah masak, sekiranya terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan spaghetti. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

6. Hidangkan. Lebih menyelerakan sekiranya ditabur dengan serbuk keju.






Sausage and Griddle Potatoes

Sausage and Griddle Potatoes 

Semalam my hubby nak makan sausage for dinner. He bought the sausages from Az-Zain, USJ 9. Then terfikir tak kan nak makan sausage saja saja without side dish. I was contemplated either to pasta or potato, but then dah lama tak masak potato. So decided masak griddle potatoes. 


Recipe ni I dapat dari 30-Minute Cookbook. Senang masak kentang ni, sekejap dah siap. 

Jom makan

Bahan bahan

2 biji bawang besar, di hiris nipis
500 gm kentang, cuci dan rebus bersama kulit
25 gm mentega dan 1tsb minyak zaiton untuk menggoreng
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara cara membuatnya

1. Rebus kentang setengah masak. Rendam dalam air sejuk dan kupas kulit kentang. Kentang di hiris nipis.

2. Panaskan mentega dan minyak zaiton. Masukkan bawang dan bila naik bau, masukkan kentang. Balik balikkan kentang dan pastikan kentang masak dan garing. 

3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Padamkan api.






November 19, 2011

Baked Macaroni and Cheese


Mac and Cheese


Minggu lepas Akak nak makan Macaroni and Cheese. So, I pun selongkar buku recipe and my favorite recipe book for pasta (dan yang sewaktu dengannya) is "Pasta" by Linda Fraser. 

Pasta by Linda Fraser


Baked Macaroni and Cheese

Ini pulak my version of Macaroni and Cheese....

 Sama tak dengan gambar  dalam buku??? Mine agak garing.........

Yummehhhh......




Bahan bahan

2 cawan susu
Sedikit serbuk buah pala (nutmeg)
4 tsb mentega
1/3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan Parmesan atau Cheddar Cheese yang telah di parut (atau campuran).
1/3 cawan serbuk roti
450 gm macaroni
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara cara menbuatnya

1. Panaskan susu dan serbuk nutmeg, jangan sampai mendidih.

2. Panaskan mentega di dalam periuk, masukkan tepung dan kacau menggunakan wire whisk. Masak lebih kurang 2 -3 minit tapi jangan sampai mentega hangus. Tapiskan susu dan tuang didalam adunan mentega dan kacau lagi. Biarkan mendidih selama 4 -5 minit dan sentiasa kacau.

3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Masukkan keju kedalam adunan dan tinggalkan dalam 2 tsb keju (untuk di taburkan di atas macaroni). Kacau di atas api kecil sehingga keju cair. Angkat dari api dan tutupkan dengan plastic untuk mengelakan adunan menjadi keras. Biarkan seketika. 
 
4. Panaskan oven sehingga 400F (200C). Gris casserole dan taburkan sebahagian dari serbuk roti.

5. Masak macaroni dalam air mendidih sehingga masak (al dente).

6. Toskan macaroni dan campurkan sos keju. Tuangkan ke dalam casserole dan taburkan lebihan keju dan serbok roti. Bakar di dalam oven selama 20 minit atau sehingga keperang perangan.


May 6, 2011

Spaghetti Tomyam

Zen by Secret Recipe’s Thai Spaghetti


My office colleague and I always had our lunch at Sooka, KL Sentral. Banyak pilihan... Kadang2 jemu juga asyik makan di Cafe at the office. One of the makan place that we always visited is Zen. My friend always ordered Zen's Thai Spaghetti and it looks sooo delicious. Unfortunately, I can't take prawn. It smells sooo good and make me drooling all over...... (am I drooling??? A bit of exaggeration... hehe)


So, one day I decided to cook spaghetti with Thai flavour at home. I have to try this at home, since I can't have have it at Zen, might as well I cook it, homemade and cook with love... Paling teruk pun anak2 tak mahu makan...

 
I took some photos, but unfortunately not all.... Masa tu nak cepat, sebab Abang nak pergi tuition, so ambil gambar mana yang sempat je...




Broccoli yang di rendam di dalam iced water

Rebus broccoli. Bila masak, angkat dan immediately rendam di dalam iced water. Bila rendam sayur sayuran yang telah di celur di dalam iced water, warna sayur tetap kehijauan... Cantik sikit. Carrot pun saya rebus dan rendam di dalam iced water. Color tetap menarik....




Panaskan olive oil dan tumis bawang dan bawang putih yang telah di cincang (or kisar).





Masukkan serai dan cili api yang telah di titik. Saya cuma masukkan sedikit cili api sebab Adik tak suka pedas. Tapi kalau tambah lebih sedikit mesti sedap.... lagi pedas lagi sedap...






Bila sudah kekuning kungingan, masukkan isi ayam yang telah di potong dadu. Kalau tak suka ayam, boleh di ganti dengan seafood.... I am sure kalau tambah udang mesti sedap kan... tapi malang bagi saya, saya tak boleh makan udang. Kalau makan di luar dan saya tak makan udang, mesti orang tanya. Kenapa tak makan udang? Bila saya jawab, alergi, derang tanya apa jadi... Sekarang ni kalau orang tanya, saya jawab: "kalau makan udang dan ketam, susuk kat muka saya nanti jatuh berguguran, muka jadi hodoh, semua orang nanti takut, dan tak mahu makan dengan saya"





Bila ayam dah masak, masukan tomyam paste. Tumis sehingga tomyam paste masak.



 

Masukan spaghetti. Gaul rata.





Masukan tomato dan daun limau purut. Gaul rata.






Masukan broccoli dan carrot. Gaul sehingga sebati. Tanbahkan garam secukup rasa.





Setelah masak, padam api dan hidangkan....





Enjoy!!!!!


Resipe:

250gm angel hair spaghetti (kalau tak ada angel hair, the normal spaghetti pun boleh), di masak mengikut arahan di bungkusan
300gm ayam (boleh di ganti dengan udang, sotong or campur)
3 ulas bawang putih - di cincang
1 biji bawang besar - di cincang
1cm halia - di cincang
2 batang serai - di titik
5 biji cili api (mengikut citarasa, tambah kalau tak cukup pedas) - di titik
3 helai daun limau purut
100gm broccoli
1 batang carrot
2 biji tomato
3 tbsp tomyam paste
Gula dan garam secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis

Cara membuatnya:

Celur broccoli dan carrot. Rendam di dalam iced water.

Tumis bawang, bawang putih adn halis yang telah di cincang. Masukan serai dan cili api. Tumis sehingga naik aroma.

Masukan ayam (atau udang, sotong). Tumis sehingga masak.

Masukan tomyam paste. Kacau dan tumis sehingga naik aroma.

Campurkan spaghetti dan gaul rata. Masukan tomato, daun limau purut, broccoli dan carrot. Gaul sehingga perencah sebati. Padam api dan hidangkan.








March 25, 2011

Sour Cream Pasta


Sour Cream Pasta

Another recipe from Ree Drummond.  Saya suka mencuba recipe casserole with lots of cheese. Anak anak saya suka anything with cheese, especially Aiman, and he loves pasta with cheese.

Nama asal recipe ni ialah "Sour Cream Noodle Bake" tapi saya tukarkan menjadi "Sour Cream Pasta", sebab saya tak gunakan egg noodle, tapi saya gantikan dengan Bow Tie Pasta or in italian known as farfalle. Anak bongsu saya, Batrisyia pilih pasta ni.



Some of the ingredients; pasta, sour cream, cream cheese, tomato sauce.... Not in the photo; minced meat, green onion (daun bawang), garam, lada hitam dll....



Masak daging... tak perlu gunakan minyak....


Kacau hingga masak



Masukkan tomato sauce



Kacau...



Tambahkan garam secukup rasa dan lots of freshly ground black pepper. I meant plenty, really plenty of black pepper....

Boleh juga tambahkan chili flake dan italian seasoning, mengikut cita rasa masing masing.


Sementara menunggu meat sauce masak, rebus pasta



Setelah masak, toskan....



Sour cream...



Tambahkan cheese

In the original recipe, Ree used curd cottage cheese. Saya cari di hypermarket, tapi tak jumpa this cheese. Sekiranya tak ada cottage cheese, gantikan dengan ricotta cheese. Ricotta cheese pun tak jumpa, so saya ganti dengan cream cheese. The most important ada cheese....



Kacau rata



Tambahkan dengan plenty of freshly ground black pepper...



Masukkan pasta


Gaul rata


Masukkan daun bawang dan kacau rata

Pasta di bahagi dua...

Masukkan 1 bahagian pasta dalam casserole


Tambahkan dengan separuh dari meat sauce....


Cheddar cheese... pastikan parut sendiri cheddar cheese anda....



Taburkan separuh dari cheese...




Ulang dengan lebihan pasta, meat sauce dan cheese. Bakar di dalam oven dengan suhu 175C selama 20 - 30 minit, atau sehingga cheese melted...



Inilah hasilnya




Yummy...



The verdict: Aiman loves it, Batrisyia kurang menggemari pasta ni, sebab agak masam...


Recipe

Ingredients:
• 500gm minced meat
• 1 can (15-ounces) Tomato Sauce
• ½ tsp garam
• Freshly Ground Black Pepper
• 250gm Pasta
• ½ cawan Sour Cream
• 1-¼ cawan Curd Cottage Cheese
• ½ cawan daun bawang yang telah dicincang 
• 1 cawan Sharp Cheddar Cheese yang telah di parut


Cara cara membuat:

Panaskan oven 175C


Masak minced meat, dan setelah daging masak masukkan tomato sauce. Tambahkan garam and lada hitam. Kacau dan biarkan sehingga masak.

Masak pasta dan toskan.

Di dalam mangkuk yang berasingan, gaulkan sour cream dan cheese. Masukkan lada hitam (banyak). Masukkan pasta, gaul. Tambahkan daun bawang dan gaul.

Masukkan separuh dari pasta ke dalam casserole. Ratakan. Lapiskan bahagian atas pasta dengan meat sauce. Taburkan separuh dari cheddar cheese. Ulang dengan pasta, meat sauce dan akhir sekali degan cheese. Bakar selama 20 minit atau sehingga cheese cair.


Please click here for the original recipe.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Letz Chat

Followers