Showing posts with label spaghetti. Show all posts
Showing posts with label spaghetti. Show all posts

August 28, 2013

Spaghetti Goreng Mamak Style

Hari ni teringin nak makan mee goreng mamak, tapi alangkah malangnya saya dan Akak allergy dengan mee kuning. Sakit perut, mungkin ada bahan bahan dalam mee kuning yang tak serasi dengan kami. So, terpaksalah kena creative sikit. Saya gantikan mee kuning dengan spaghetti. Perencah yang lain tetap sama dengan perencah mee goreng. 

Untuk mendapatkan texture yang sama dengan mee kuning, saya rebus spaghetti tu hingga lembut. Cara memasak spaghetti goreng mamak style ni sama dengan cara memasak mee goreng. 

Mee Goreng Mamak Style


Jemput makan....

April 15, 2013

Chicken Mushroom Spaghetti n Cekodok Pisang

Hari ni saya sempat masak juadah buka puasa buat saya dan Akak. Masak simple2 aje, bahan2 yg ada di pantry dan fridge. Apa yg tak ada, saya gantikan dengan bahan2 yang ada di rumah. Cheddar cheese block dah habis, tapi cheddar cheese slice ada, so kira ok lah. Mushroom soup dan ayam pun ada.

Pisang pun ada, so decided nak masak Chicken Mushroom Spaghetti dan cekodok pisang. Kalau inginkan recipe Chicken Mushroom Spaghetti sila layari http://fazyslittlekitchen.blogspot.com/2011/05/chicken-spaghetti.html . Cekodok pisang tu tak payah recipe lah ya. Saya pasti semua org pandai buat cekodok pisang ni.

Selain dari spaghetti dan cekodok, saya iringi juadah buka puasa kami dengan air Soya Cincau Ais. Alhamdulillah...





June 25, 2012

Creamy Chicken Spaghetti



Creamy Chicken Spaghetti
Ini ada lah versi "homemade frozen". 

Saya siapkan seperti biasa, cuma kali ini saya frozen kan sebahagian dari spaghetti yang telah siap di sediakan. Amat lah mudah. Cuma defrost dan bakar.... 40 min kemudian, walla... siap untuk di makan... Mudah dan cepat... 

Amat sesuai untuk di jadikan juadah berbuka puasa. Berkhasiat dan tidak pedas, dan amat sesuai untuk kanak2 dan orang dewasa yang meminati makan berkeju.....

Sekiranya berminat, boleh lah hubungi saya di:
hp: 019-318 9977,
atau
fazidahk@gmail.com 

Sekiranya ingin mencuba di rumah, sila klick di http://fazyslittlekitchen.blogspot.com/2011/05/chicken-spaghetti.html

November 20, 2011

Spicy Shrimp and Spaghetti Aglio Olio

Spicy Shrimp Spaghetti Aglio Olio

Spaghetti Aglio Olio ni memang senang sangat nak masak. Simple and easy, but tasty. Budak budak pun boleh buat. Bahan bahan yang di gunakan tak banyak, dan basic resipi untuk masakan seperti ini cuma minyak zaiton, bawang putih, cili dan spaghetti. Senang kan, cuma sekarang ni ramai dah made a twist to the basic recipe. 

Resipi ini amat lah sesuai untuk sesiapa yang sibuk dan tak sempat untuk masak tetapi ingin menghidangkan makanan yang berkualiti untuk famili.




Panaskan minyak zaiton menggunakan api yang sederhana besar. Masukkan bawang putih yang telah di cincang halus. Minyak zaiton ni tak tahan panas, sekejap aje dah panas, so kena jaga jangan sampai bawang putih hangus.



Masukkan chili flakes. Untuk yang gemarkan pedas, boleh di ganti dengan cili padi. Dan untuk mereka2 yang lebih adventurous, ganti kan dengan cili padi dan serbuk lada hitam. Berasap kepala.....  Saya pernah buat, dan memang lah pedas... Masa tu my Hubby nak makan something hot, anak2 pulak nak makan aglio olio, so saya pun buat dua version, satu mild dan satu lagi super hot (kalau kat menu tu banyak gambar cili). So I added cili padi and black pepper, and my Hubby said it was really hot, but for me it was ok... Jadi yang paling penting adalah mengikut citarasa masing masing.



Kemudian masukkan udang. Ikut cita rasa, udang besar, udang kecil, itu semua terpulang. Boleh di ganti dengan sotong, scallop, isi ayam, and etc.



Bila udang (atau scallop, ayam, sotong, atau apa2 saja menikut citarasa anda) dah masak, masukkan spaghetti. Oh ya, simpan sedikit air rebusan spaghetti untuk di campurkan dalam masakan. Air rebusan spaghetti ini akan meyebabkan perencah dan spaghetti sebati dan juga melembutkan spaghetti.  




Kemudian masukkan daun parsley yang telah di cincang halus. Gaul hingga sebati. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa. Padamkan api.



Ini lah hasil nya setelah di taburkan dengan parmesan cheese yang di parut halus.... Enjoy!!!!


Bahan Bahan nya 

1 packet spaghetti (+-500 gm)
3 biji bawang putih
300 gm udang (kalau nak lebih lagi, tambah quantity)
2 cmt serbuk cili (chili flakes)
1 genggam daun parsley di cincang halus
minyak zaiton untuk menumis
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara cara membuatnya


1. Rebus spaghetti sehingga masak. Toskan dan simpan sedikit air rebusan spaghetti tadi.

2. Tumiskan bawang putih dan tambahkan serbuk cili. Tumis sehingga masak.

3. Masukkan udang. Tumis lagi hingga masak.

4. Masukkan spaghetti dan di ikuti dengan daun parsley. Kacau.

5. Setelah masak, sekiranya terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan spaghetti. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

6. Hidangkan. Lebih menyelerakan sekiranya ditabur dengan serbuk keju.






May 6, 2011

Spaghetti Tomyam

Zen by Secret Recipe’s Thai Spaghetti


My office colleague and I always had our lunch at Sooka, KL Sentral. Banyak pilihan... Kadang2 jemu juga asyik makan di Cafe at the office. One of the makan place that we always visited is Zen. My friend always ordered Zen's Thai Spaghetti and it looks sooo delicious. Unfortunately, I can't take prawn. It smells sooo good and make me drooling all over...... (am I drooling??? A bit of exaggeration... hehe)


So, one day I decided to cook spaghetti with Thai flavour at home. I have to try this at home, since I can't have have it at Zen, might as well I cook it, homemade and cook with love... Paling teruk pun anak2 tak mahu makan...

 
I took some photos, but unfortunately not all.... Masa tu nak cepat, sebab Abang nak pergi tuition, so ambil gambar mana yang sempat je...




Broccoli yang di rendam di dalam iced water

Rebus broccoli. Bila masak, angkat dan immediately rendam di dalam iced water. Bila rendam sayur sayuran yang telah di celur di dalam iced water, warna sayur tetap kehijauan... Cantik sikit. Carrot pun saya rebus dan rendam di dalam iced water. Color tetap menarik....




Panaskan olive oil dan tumis bawang dan bawang putih yang telah di cincang (or kisar).





Masukkan serai dan cili api yang telah di titik. Saya cuma masukkan sedikit cili api sebab Adik tak suka pedas. Tapi kalau tambah lebih sedikit mesti sedap.... lagi pedas lagi sedap...






Bila sudah kekuning kungingan, masukkan isi ayam yang telah di potong dadu. Kalau tak suka ayam, boleh di ganti dengan seafood.... I am sure kalau tambah udang mesti sedap kan... tapi malang bagi saya, saya tak boleh makan udang. Kalau makan di luar dan saya tak makan udang, mesti orang tanya. Kenapa tak makan udang? Bila saya jawab, alergi, derang tanya apa jadi... Sekarang ni kalau orang tanya, saya jawab: "kalau makan udang dan ketam, susuk kat muka saya nanti jatuh berguguran, muka jadi hodoh, semua orang nanti takut, dan tak mahu makan dengan saya"





Bila ayam dah masak, masukan tomyam paste. Tumis sehingga tomyam paste masak.



 

Masukan spaghetti. Gaul rata.





Masukan tomato dan daun limau purut. Gaul rata.






Masukan broccoli dan carrot. Gaul sehingga sebati. Tanbahkan garam secukup rasa.





Setelah masak, padam api dan hidangkan....





Enjoy!!!!!


Resipe:

250gm angel hair spaghetti (kalau tak ada angel hair, the normal spaghetti pun boleh), di masak mengikut arahan di bungkusan
300gm ayam (boleh di ganti dengan udang, sotong or campur)
3 ulas bawang putih - di cincang
1 biji bawang besar - di cincang
1cm halia - di cincang
2 batang serai - di titik
5 biji cili api (mengikut citarasa, tambah kalau tak cukup pedas) - di titik
3 helai daun limau purut
100gm broccoli
1 batang carrot
2 biji tomato
3 tbsp tomyam paste
Gula dan garam secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis

Cara membuatnya:

Celur broccoli dan carrot. Rendam di dalam iced water.

Tumis bawang, bawang putih adn halis yang telah di cincang. Masukan serai dan cili api. Tumis sehingga naik aroma.

Masukan ayam (atau udang, sotong). Tumis sehingga masak.

Masukan tomyam paste. Kacau dan tumis sehingga naik aroma.

Campurkan spaghetti dan gaul rata. Masukan tomato, daun limau purut, broccoli dan carrot. Gaul sehingga perencah sebati. Padam api dan hidangkan.








May 3, 2011

Chicken Spaghetti


Anak2 saya memang suka cheese, especially pasta and cheese. Lebih cheese lebih baik, tapi malangnya My Hubby tak berapa gemar dengan cheese. Tapi kalau dah terhidang terpaksa lah makan juga. Resipe ni memang memerlukan cheese yang agak banyak, tapi mudah. Kalau cuba mesti boleh buat. Senang sangat....

 Saya "improvised"  bahan2 untuk resipe ni, saya cuma menggunakan bahan2 yang ada di dapur saya. Resipe asal memerlukan canned Pimento dan Cayene, tapi di dapur saya memang tak ada bahan2 ini.

Fresh Pimento courtesy of Plunket Street Garden

Pimento ni termasuk dalam category "pepper". Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang pimento ni, sila tekan di sini. Pimento ni lebih juicy dan  beraroma jika dibandingkan dengan pepper yang lain. Resipe ni memerlukan a jar of chopped pimento. Memanglah tak ada di dapur saya.

Selain dari pimento, di dapur saya tak ada stock Cayene. Kadang kadang rasa nak stock semua spices, tapi tak gunakan selalu... So bila tak cukup bahan tu pandai pandai lah substitute dengan bahan yang lain.

Cayene Pepper courtesy of Master Food


Bahan bahan yang saya gunakan:

2 cans of Cream of Mushroom

Diced Green Bell Pepper dan Cili Merah

Saya gunakan cili merah sebagai substitute for Pimento (jangan lupa buang biji cili, kalau tak mahu pedas sangat).



  
Spaghetti



Cheddar Cheese

(Terlupa pulak nak ambil gambar shredded chicken dan bawang yang telah dicincang)


Rebus ayam (saya suka gunakan bahagian dada). Bila ayam masak, keluarkan dari periuk dan sejukkan. Setelah sejuk boleh lah di carik carik (or shred).
 
Rebus spaghetti menggunakan air rebusan ayam.


Rebus spaghetti sehingga masak. Bila masak toskan.

Di dalam mangkuk yang agak besar, gaulkan spaghetti dengan cream mushroom



Bawang


Green Bell Pepper dan cili merah


Shredded Chicken


Cheddar cheese yang telah di parut (2 cawan)


Cili flake (as substitute to Cayene powder). Jangan lupa garam dan lada hitam


Gaul rata

Kalau agak pekat dan susah untuk di gaul, tambahkan air rebusan ayam. Dalam 1 - 2 cawan tapi jangan sampai berkuah... cukup untuk menggaul...

Masukkan dalam caserole dan taburkan 1 cawan cheddar cheese

Bakar di dalam 170 C oven selama 35 - 40 min.


Masak sehingga cheese cair dan bubbly



Enjoy......



Resipe: 
  • 2  cawan ayam yang telah di carik carik (Shredded chicken)
  • 3 cawan Spaghetti, patah kan, lebih kurang 2" panjang
  • 2 cans Cream Of Mushroom Soup
  • 2 cawan Cheddar Cheese (extra sharp, parut)
  • 1/4 cawan Green Bell Pepper (atau 1 biji)
  • 1/4 cawan bawang besar (kuning) yang telah di cincang (1 biji bawang)
  • 2 biji cili merah (buang biji) dan di cincang halus (ini adalah substitute bagi 1 jar Diced Pimentos)
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 1/8 tsp (secukup rasa) serbuk cili (substitue bagi Cayene Pepper)
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • 1 cawan Cheddar Cheese (untuk di tabur di atas spaghetti)
Cara membuatnya:

Rebus ayam (saya gunakan 500gm dada ayam). Bila masak keluarkan dari periuk dan sejukkan. Asing dalam 2 cawan air rebusan ayam. Masak spaghetti dalam lebihan air rebusan ayam sehingga masak. Bila masak, masukkan spagjhetti di dalam mangkuk besar dan gaulkan semua bahan kecuali 1 cawan cheddar cheese yang telah di parut. 


Masukkan ke dalam mangkuk casserole dan taburkan dengan lebihan cheddar cheese.Bakar selama 35 - 40 minit di dalam 170C oven sehingga cheese cair dan bubbly.



 Notes:
The original resipe can be found at The Pioneer Woman website.



March 15, 2011

Creamy Chicken Spaghetti Casserole



Hari Ahad minggu lepas adalah "Hari Cheese Sedunia" bagi saya... Mulakan pagi saya dengan Chocolate Desire dan menikamati hidangan tengahari dengan Creamy Cheese Spaghetti Casserole. Yummy dan "menggummukkan"  

Recipe ni saya dapat dari laman web Ree Drummond, also known as The Pioneer Woman. Sila klik disini untuk original recipe. Saya terpaksa mengubah recipe ini mengikut my own interpretation dan sebahagian dari ingredients dalam original recipe memerlukan bahan-bahan yang tidak halal. But it turned out to be ok..... My children loved it... To all pasta and cheese lover, you should try this recipe. It is simple, easy to cook and taste delicious..... Ingredients pun tak banyak....


Bawang di mayang 
Dalam original recipe tak ada bawang, tapi saya tambahkan bawang. Saya suka bau caramelized onion.



White button mushroom.
Saya gunakan fresh mushroom instead of canned mushroom. Rasa lebih sedap. Kalau tak ada fresh mushroom, boleh di ganti dengan cendawan di dalam tin dan banyak di supermarket.



Rebus ayam sehingga masak (30 - 40 minit). Asingkan ayam dan setelah sejuk siat daging ayam. Simpan air rebusan ayam (anggaran 3 cawan) and keep the balance of the chicken broth in the pot. 



Panaskan 2 sudu makan butter dan goreng bawang sehingga lembut dan golden brown. Masukkan cendawan dan tambahkan 1/4 cawan air rebusan ayam. (Maaf, lupa nak ambil gambar). Tambahkan garam dan black pepper secukup rasa. Biarkan sehingga masak (dalam 8 - 10 minit) dan kering.



Setelah masak keluarkan dari kuali.


Didihkan lebihan air rebusan ayam. Patah2 kan spaghetti dan masukkan ke dalam air rebusan. Sekali lagi saya lupa nak ambil gambar. Amateur.... bukan professional... Sebab tu selalu lupa... Or sebab dah tua... Ohhhh tidak!!!!

Bila spaghetti dah masak, toskan...

Panaskan 6 sudu makan dalam kuali. 


Masukkan tepung....


Whisk tepung hingga sebati



Tambahkan 2 1/4 cawan air rebusan ayam yang telah di asingkan tadi.... Kacau lagi hingga sebati. 




Tambahkan susu dan kacau lagi. Masukkan garam dan black pepper secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih dan pekat.



Padamkan api dan tambahkan Parmesan cheese dan kacau.



Masukkan cendawan



Ayam dan buah zaiton. Tapi saya recipe saya tak ada buah zaiton sebab anak-anak saya tak suka buah zaiton. Mesti sedapkan kalau ada, tapi apa kan daya... 

Kacau hingga sebati


Masukkan spaghetti

Gaulkan 







Masukkan dalam bekas casserole



Dan taburkan dengan Parmesan cheese. Anak-anak saya suka banyak cheese, jadi saya tabur banyak-banyak, tapi ikut citarasa masing. Kalau kurang suka cheese, tabur sedikit saja. 

Saya suka beli cheese block dan parut sendiri. Lebih menjimatkan lagipun seronok parut sendiri. Buat exercise sikit, hehe


Bakar didalam 175C oven sehingga masak (golden brown) lebik kurang dalam 30 minit.



Maaf, gambar tak berapa memuaskan...



  Hidangkan... lebih sedap kalau di makan bersama salad..... Saya tak sempat pun nak buat salad, anak-anak dah makan dulu. Lagipun mereka allergy with vegetables... Alasan mereka sebab tak suka sayur.



Garnished with black pepper.

Anak lelaki saya tambahkan bukan setakat black pepper, dia tambahkan juga Tabasco. Dia suka panas, pedas dan cheezy...

Di sini saya sertakan recipe yang telah di ubahsuai mengikut citarasa kami sekeluarga dan yang paling penting semua ingredients yang saya gunakan adalah halal.

Recipe

500 gm ayam (saya gunakan bahagian dada)
8 tbsp butter
200 gm cendawan putih (white button mushroom).
1/4 cawan tepung
2 dan 1/4 cawan air rebusan ayam (chicken broth)
1 dan 1/2 cawan susu (whole milk)
1 cawan Parmesan cheese yang telah di parut (grated)
1 cawan buah zaiton, di cincang
Garam dan lada hitam (black pepper)
500 gm spaghetti
Cheese untuk di tabur di atas spaghetti


Rebus ayam dan biarkan mendidih lebih kurang dalam 30 - 40 minit. Setelah ayam masak, keluarkan dari periuk dan biarkan sehingga sejuk. Biarkan air rebusan di dalam periuk.

Panaskan 2 tbsp butter di kuali. Masukkan bawang dan goreng hingga kekuningan. kemudian masukkan cendawan dan tambahkan 1/4 cawan air rebusan ayam. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Tutup dan masak menggunakan api sederhana panas selama 8 - 10 minit. Biarkan sehingga air kering. Keluarkan cendawan dari kuali.

Asingkan 2 1/4 cawan air rebusan ayam. Didihkan lebihan air rebusan ayam dan gunakan untuk merebus spaghetti. Patah patah kan spaghetti kepada 3 bahagian. Sekiranya mahukan spaghetti yang lebih pendek, patah patah kan kepada 4. Terpulang kepada citarasa masing masing. Rebus spaghetti mengunakan lebihan air rebusan ayam dan biarkan sehingga masak. Toskan

Siat siat (koyakkan) daging ayam, lebih kurang 2 cawan ayam.

Panaskan 6 tbsp butter di dalam kuali. Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati. Tambahkan 2 1/4 cawan air rebusan ayam, dan kacau. Masukkan susu, dan di ikuti dengan garam and lada hitam secukup rasa. Kacau sehingga memdidih dan pekat. Matikan api dan tambahkan 1 cawan Pamesan cheese dan kacau.

Masukkan cendawan, ayam dan buah zaiton (olive). Kacau sehingga sebati. Masukkan spaghetti dan kacau.

Masukkan ke dalam casserole, taburkan cheese dan bakar di oven dengan suhu 175C sehingga kekuningan. Setelah masak, hidang dan hiaskan mengikut citarasa masing masing.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Letz Chat

Followers