August 23, 2012

Dinner Menu - Hari Raya Kedua

Petang hari raya kedua, Mr Hubby suruh masak... Masak untuk Bapak, kan Bapak dah lama tak makan masakan anak yang sorang ni.... Petang tu Mr Hubby and Abang pi pasar beli ikan tenggiri dan udang...

Seperti biasa, kampung di Johor, so Akak and I pun masak lah masakan orang Johor. Asam pedas Johor style...

Asam Pedas Ikan Tenggiri Johor 

Kalau nak cuba masak asam pedas seperti di dalam gambar ni, boleh lah cuba recipe di bawah. Saya masak ikut bahan2 yang ada di dapur masa tu... Sukatan tertentu memang lah tak ada, semua agak2 aje...


Udang Goreng Kunyit

Makan dengan sup sayur dan nasi panas2... Masa tu baru lepas hujan, nikmatnya....

Petang tu Mak Long buat buah melaka, so kami jadikan dessert lah. Alamak lupa nak snap gambar buah melaka lah....



Recipe Asam Pedas Ikan Tenggiri Johor

Bahan2:

4 keping ikan tenggiri (hari ni saya gunakan kepala ikan tenggiri)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
3 sudu besar cili kisar
10 biji kacang bendi
Sedikit lada hitam
1" halia
1" lengkuas
1 genggam daun kesom
Air asam secukup nya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara cara membuatnya:

1. Kisar semua bawang, halis dan lengkuas. Lada hitam di tumbuk kasar.
2. Ikan di cuci bersih
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar berserta dengan lada hitam. Masukkan cili kisar. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan ikan dan tambah air asam. Setelah mendidih, masukkan kacang bendi. Masukkan garam.
5. Setelah ikan masak, tutup api dan hidangkan.

~ Selamat mencuba ~




















August 22, 2012

Jom Breakfast - Hari Raya Kedua


Our Breakfast

Petang hari raya pertama dah terfikir nak breakfast apa the next day... Akak bagitau her Mak Ngah dia nak makan Lontong Goreng. Kami sekeluarga tak pernah makan, tapi Mak Long dan Mak Ngah selalu buat. Saya rasa lontong goreng ni can only be found in Johor... Tak jumpa di Shah Alam.

So, pagi2 Mak Ngah sibuk masak lontong goreng. Saya dah intai bahan2 untuk buat lontong goreng ni, so next time boleh buat sendiri.... Nak recipe? Recipe ada di penghujung entry ini. Sila scroll ke bawah....


Ini lah Lontong Goreng Mak Ngah

Saya pulak menyediakan our must have breakfast on the 2nd day of hari raya, Lempeng Kelapa!!! or Coconut Pancake (nama glamour lah tu...). Makan dengan Rendang Minang, memang superb. Siapa lalu lalang memang tak sedar lah...

Lempeng and Rendang Minang

Kami juga menyediakan ayam masak merah pagi tu... Actually, ayam dan rendang adalah lauk leftover from the 1st day of raya... 

Ayam Masak Merah

Rendang Minang

Rendang Minang ini ada lah dari recipe Arwah Emak Mertua.. sempat belajar masa baru2 mendirikan rumahtangga dengan Mr Hubby... Yang menarik tentang rendang ni sebab selain dari daging kami juga campurkan limpa dan hati... Kalau ikutkan original recipe, ada jantung dan paru...

Jom breakfast....

Recipe Lontong Goreng Mak Ngah

Bahan2:
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah (ikut tahap kepedasan individu)
Ikan bilis
Sawi
Carrot
Nasi impit di potong dadu
Sedikit perencah ayam / ikan bilis (ikut citarasa)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

(Maaf, tak ada sukatan, recipe Mak Ngah semua main agak2 aje, next time kalau saya buat, saya cuba bagi sukatan)

Cara membuatnya:

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili merah. (Jangan gunakan blender, tak sedap sebab bercampur air. Kalau rasa tak larat nak gunakan lesung boleh gunakan food processor yang tak perlukan air). 

Ikan bilis di tumbuk kasar.

Sawi di potong kasar, dan carrot di hiris halus... Mengikut citarasa masing2.. 

Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk termasuk ikan bilis hingga naik minyak. Masukkan nasi impit yang di potong dadu. Gaul hingga rata. Masukkan sawi dan carrot. Gaul kan. Tambahkan garam secukup rasa dan perencah ayam / ikan bilis.

Gaul hingga semuanya masak... Angkat dan hidangkan.

Lontong Goreng Mak Ngah





August 21, 2012

Selamat Hari Raya Eid ul Fitri

Selamat Hari Raya Eid ul Fitri Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga...



August 16, 2012

Cadangan Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory Schedule) di Lebuhraya

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin untuk semua. Sudah selesai persiapan untuk raya? Bila balik kampung? Kalau tak berapa pasti bila nak mulakan perjalanan, boleh lah refer kat TTA issued by PLUS ni... 

English version


Versi Bahasa Melayu

Semoga selamat sampai ke destinasi....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Letz Chat

Followers