SDE

July 5, 2011

Cream Puff

Hari Ahad yang lalu Aiman a.k.a Abang tak nak lunch. Kenyang... Kami semua terperanjat sebab dia baru balik dari tuition dan habis tuisyen straight balik rumah. Tak singgah di mana2 pun.... Hurmmmm... Then dia bagitau kenyang sebab banyak makan cream puff kat tempat tuition. Aunty Ina bagi makan cream puff... Ina's husband buat add math tuition kat a few of their daughter's friends..... dan dalam group tu Abang is the only boy...So everytime Aunty Ina buat kuih, Abang selalu tukang perabih.... Ada at one time tu dia sibuk suruh Akak ambil dia cepat, sebab tak  mau makan kuih hijau with chocolate sauce... Kuih hijau and chocolate sauce?? Semua orang tertanya2 kuih apa lah pulak tu. Akak dan saya pun suruh dia describe kuih tu. Kami dah jadi macam polis pencen. Bila dia habis described then kita orang semua ketawa... Oh kuih JLo rupa2 nya... Tau apa kuih JLo ni? Kuih lopes lah....


So bila Akak dengar dia makan cream puff, Akak pun nak makan jugak... Mula2 dia kata dia nak buat... So lepas solat zohor, Akak pergi kedai beli telur. Telur pulak dah habis. Masa tu Kakak saya dari Mersing ada di rumah.... So petang tu kami berkumpul di dapur buat cream puff... Masa sibuk2 buat cream puff baru kami perasan, Akak tak buat pun cream puff... Saya buat dia tengok sambil online... bertuah betul anak dara saya ni... Dia kata; "Umi dah buat, tak perlulah Akak nak menyibuk".. ish, ish...


Mula2 saya plan nak buat evening walk dengan my sister... Jln di keliling taman tempat saya tinggal.... Kami plan nak jalan after 6pm, masa tu dah tak berapa panas... Lepas asar sementara nak tungu pukul 6 petang, kami pun hidang lah cream puff for tea.... Seronok kami semua duduk bersembang sambil makan, sedar2 dah dekat maghrib.... So kami berdua did our evening walk kat dining table jer lah petang tu......


Inilah cream puff untuk tatapan semua....






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Letz Chat

Followers

Follow by Email