October 29, 2012

Berkorban Apa Saja

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua. Saya harap masih tidak terlambat, walaupun hari ni merupakan hari ini hari terakhir hari tashriq.

aklawa from Zam Zam Arabic Restaurant Section 9 Shah Alam


Raya tahun ni saya tak sempat masak satu pun juadah untuk hari raya. Untuk adik beradik di Gomabk saya cuma sempat belikan cookies raya dan ditambah dengan donuts from Dunkin Donut. Itu pun betul2 last minute plan. Saya tak apply cuti dan bekerja sepenuh masa pada hari khamis.


Gambar my rendang (belum betul2 kering) hari raya aidil fitri yang lalu.

Plan asal nak masak rendang malam tu, tapi tak kesampaian. Hubby tak sempat nak beli barang2 untuk buat rendang, dah lah tu, masa balik dari office petang tu jalan punya lah jam. Terpaksa berbuka di Petronas, Kesas Hwy. then kami berbuka puasa di luar, sampai rumah dah lambat. Entah kenapa malam tu saya rasa macam nak pitam, memang tak dapat nak masak apa pun.... Hrmmm ... Panjang
a href="https://www.facebook.com/pages/ZamZam"> ya alasan....


Lepas solat sunat hari raya, Akak, Adik dan saya pun bertolak ke Gombak. Sebelum tu sempat singgah di Dunkin Donut. Then terus ke Gombak. Kami dapat makan fresh rendang, ayam masak kuzi, nasi impit, lemang dan kari kepala ikan... Sungguh yummy dan mengenyangkan...

Dah kenyang minta izin balik, singgah pulak di Zam Zam Arabic Restaurant di Seksyen 9 Shah Alam. Beli Chicken and Lamb Mandy untuk di bawa balik ke Johor. Minta special pack, sebab nak bawa travelling balik yang tak tahu condition highway...

Balik, berkemas, dan selepas solat jumaat kami memulakan perjalanan ke Johor. Nasib baik jalan tak jem....

Esok nya Kakak saya sibuk masak Laksa Johor, our favourite!!!... Then di tambah dengan Lontong Goreng, haaa... Juadah ni hanya boleh di dapati di Johor


Laksa Johor Mak Ngah, yummy....



Lontong Goreng... Hasil air tangan truly yours....


No comments:

Post a Comment