May 3, 2011

Chicken Spaghetti


Anak2 saya memang suka cheese, especially pasta and cheese. Lebih cheese lebih baik, tapi malangnya My Hubby tak berapa gemar dengan cheese. Tapi kalau dah terhidang terpaksa lah makan juga. Resipe ni memang memerlukan cheese yang agak banyak, tapi mudah. Kalau cuba mesti boleh buat. Senang sangat....

 Saya "improvised"  bahan2 untuk resipe ni, saya cuma menggunakan bahan2 yang ada di dapur saya. Resipe asal memerlukan canned Pimento dan Cayene, tapi di dapur saya memang tak ada bahan2 ini.

Fresh Pimento courtesy of Plunket Street Garden

Pimento ni termasuk dalam category "pepper". Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang pimento ni, sila tekan di sini. Pimento ni lebih juicy dan  beraroma jika dibandingkan dengan pepper yang lain. Resipe ni memerlukan a jar of chopped pimento. Memanglah tak ada di dapur saya.

Selain dari pimento, di dapur saya tak ada stock Cayene. Kadang kadang rasa nak stock semua spices, tapi tak gunakan selalu... So bila tak cukup bahan tu pandai pandai lah substitute dengan bahan yang lain.

Cayene Pepper courtesy of Master Food


Bahan bahan yang saya gunakan:

2 cans of Cream of Mushroom

Diced Green Bell Pepper dan Cili Merah

Saya gunakan cili merah sebagai substitute for Pimento (jangan lupa buang biji cili, kalau tak mahu pedas sangat).



  
Spaghetti



Cheddar Cheese

(Terlupa pulak nak ambil gambar shredded chicken dan bawang yang telah dicincang)


Rebus ayam (saya suka gunakan bahagian dada). Bila ayam masak, keluarkan dari periuk dan sejukkan. Setelah sejuk boleh lah di carik carik (or shred).
 
Rebus spaghetti menggunakan air rebusan ayam.


Rebus spaghetti sehingga masak. Bila masak toskan.

Di dalam mangkuk yang agak besar, gaulkan spaghetti dengan cream mushroom



Bawang


Green Bell Pepper dan cili merah


Shredded Chicken


Cheddar cheese yang telah di parut (2 cawan)


Cili flake (as substitute to Cayene powder). Jangan lupa garam dan lada hitam


Gaul rata

Kalau agak pekat dan susah untuk di gaul, tambahkan air rebusan ayam. Dalam 1 - 2 cawan tapi jangan sampai berkuah... cukup untuk menggaul...

Masukkan dalam caserole dan taburkan 1 cawan cheddar cheese

Bakar di dalam 170 C oven selama 35 - 40 min.


Masak sehingga cheese cair dan bubbly



Enjoy......



Resipe: 
  • 2  cawan ayam yang telah di carik carik (Shredded chicken)
  • 3 cawan Spaghetti, patah kan, lebih kurang 2" panjang
  • 2 cans Cream Of Mushroom Soup
  • 2 cawan Cheddar Cheese (extra sharp, parut)
  • 1/4 cawan Green Bell Pepper (atau 1 biji)
  • 1/4 cawan bawang besar (kuning) yang telah di cincang (1 biji bawang)
  • 2 biji cili merah (buang biji) dan di cincang halus (ini adalah substitute bagi 1 jar Diced Pimentos)
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 1/8 tsp (secukup rasa) serbuk cili (substitue bagi Cayene Pepper)
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • 1 cawan Cheddar Cheese (untuk di tabur di atas spaghetti)
Cara membuatnya:

Rebus ayam (saya gunakan 500gm dada ayam). Bila masak keluarkan dari periuk dan sejukkan. Asing dalam 2 cawan air rebusan ayam. Masak spaghetti dalam lebihan air rebusan ayam sehingga masak. Bila masak, masukkan spagjhetti di dalam mangkuk besar dan gaulkan semua bahan kecuali 1 cawan cheddar cheese yang telah di parut. 


Masukkan ke dalam mangkuk casserole dan taburkan dengan lebihan cheddar cheese.Bakar selama 35 - 40 minit di dalam 170C oven sehingga cheese cair dan bubbly.



 Notes:
The original resipe can be found at The Pioneer Woman website.



No comments:

Post a Comment