Hari minggu yang lalu, Angah (kakak my beloved hubby) melangsungkan majlis perkahwinan Hanafi, anak lelaki Angah. Sibuk bukan main lagi, maklumlah majlis perkahwinan anak sulong... Tiga hari tiga malam sibuk... Angah sibuk sejak berberapa bulan yang lalu... Saya menyibuk aje, itu pun dah dua tiga hari sebelum majlis... Hari Jumaat baru dapat menjenguk rumah Angah... Angah pun bukan tinggal jauh sangat dari rumah kami... One hour journey jer.... Angah tinggal di Banting dan kami di Shah Alam. Rasa kesal juga sebab tidak dapat membantu Angah dari awal lagi.
Untuk majlis ini, saya hadiahkan tier wedding cake untuk pengantin.
Untuk majlis ini, saya hadiahkan tier wedding cake untuk pengantin.
Hanafi & Dewi
Untuk Hanafi dan Dewi, saya ucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.